hit counter
weblog mysumber

pelagak ngeri guiness world records di india mati tergantung

10:42 Redaksi Admin
Pelagak ngeri Guiness World Records di India mati tergantung

Sailendra Nath Roy, pelagak ngeri di India yang juga salah seorang pemegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu

pelagak ngeri di india matipelagak ngeri guiness world records di india mati tergantung

Mengenai insiden itu, selepas mangsa menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan

‘Malang tidak berbau’, secara tiba-tiba dia tersekat dan tidak dapat bergerak

Sebelum itu, beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, dan diakhiri jeritan ketakutan apabila melihat keadaan Roy yang tergantung itu

Difahamkan, selepas 20 minit, pelagak ngeri itu tidak lagi bergerak sebelum diselamatkan oleh penduduk tempatan. Tiada doktor atau ambulans disediakan semasa persembahan itu dibuat yang turut ditonton oleh ahli keluarga Roy

Selepas dibawa ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, dia disahkan mati oleh doktor akibat serangan jantung

Sebelum ini, dia pernah menggunakan rambut untuk menarik sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway

Video Sailendra Nath Roy, pelagak ngeri di India mati tergantung