permohonan kursus perguruan lepasan spm kplspm 2012
Kepada calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan,khususnya berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Iklan keratan akhbar
- Tarikh permohonan dibuka pada 22 Mac 2012
- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang Aplikasi Permohonan Program Perguruan KPM pada pautan dibawah
Aplikasi KPLI-SR/KPLSPM 2012 (Telah ditutup)
Nota – Calon dinasihatkan membaca dan diminta untuk memahami langkah dan syarat bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang tidak diingini semasa mengisi borang permohonan KPLSPM online
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
- Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Syarat dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut
Bahasa Melayu,Sejarah,Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris
Tarikh Tutup
5 April 2012
Pertanyaan dan Maklumat
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan,semua info berkaitan terkandung di dalam Aplikasi Permohonan Program Perguruan KPM pada pautan yang disertakan diatas
Info berkaitan
| Aktiviti | Tarikh |
|---|---|
| Semakan Temuduga | 30 April 2012 |
| Temuduga & Ujian Insak | 7 – 18 Mei 2012 |
| Keputusan Permohonan | 5 Jun 2012 |
| Pendaftaran Pelajar Baru | 18 Jun 2012 |
