ptptn senarai hitam peminjam yang dikenakan letter of demand
Tindakan menyenarai hitam hanya diambil ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang ingkar dan mereka yang dikenakan tindakan saman atau Letter of Demand (LOD) sahaja

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987 Akta 556, membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam ingkar daripada ke luar negara
“Tindakan ini hanya dilakukan terhadap peminjam atau penerima yang degil dan culas bayar pinjaman walaupun diberi peringatan berkali-kali,”
Beliau berkata, mulai Ogos 2008 sehingga akhir Julai lalu, pihaknya menyenarai hitam dan melarang 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia
Daripada jumlah terbabit katanya, 28,319 peminjam atau penerima membayar balik pinjaman dengan kutipan RM194.60 juta
Katanya, sehingga 31 Julai lalu, 104,983 saman dihantar kepada peminjam atau penerima yang ingkar menjelaskan bayaran balik pinjaman terbabit
Daripada jumlah itu, katanya 104,102 dihantar melalui panel peguam dilantik dan 881 diurus pegawai undang-undang PTPTN yang membabitkan amaun berjumlah RM1.67 bilion
“Manakala sebanyak 79,669 saman mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah,” katanya-BERNAMA