tarikh dan semakan keputusan muet sesi julai 2012

Tarikh dan semakan keputusan MUET sesi Julai 2012-online dan sms

Memetik kenyataan dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM),keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Julai akan diumumkan pada hari Khamis 20 September 2012

semakan muet julai 2012 tarikh dan semakan keputusan muet sesi julai 2012

Dalam pada itu,keputusan tersebut boleh diperoleh di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos

Untuk info lain,calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888, mulai tengah malam 20 Sept

Ataupun melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh yang dinyatakan

Dalam perkembangan lain,tarikh tutup rayuan untuk menyemak semula keputusan MUET ialah pada 27 Sept dengan disertakan bayaran RM70 manakala tarikh tutup pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November ialah pada 26 Sept

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca