hit counter
weblog mysumber

pengakuan bekas gay

12:00 Redaksi Admin
Pengakuan bekas gay – Jadi gay kerana ayah

Individu bernama Badrul merupakan seorang lelaki  homoseksual menceritakan pengalaman dahulunya kepada wartawan hmetro.Puncanya bermula dari rumah dan kekurangan kasih sayang dek kerana sifat ayahnya yang garang

Badrul yang kini berumur 50 tahun juga berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri

“Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,”

Tambah ceritanya lagi,pada masa kecil dia hanya rapat dengan ibunya,Malah jika hendakkan sesuatu kepada ibu’lah tempat dia mengadu

“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah

Pengalaman pertamanya adalah jatuh cinta dengan seorang guru lelaki selama 5 tahun

“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya

Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran

Kini Badrul insaf dan kembali ke pangkal jalan setelah menyedari perbuatan itu hanya merugikan diri dan masa hadapannya