Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2024 Aidiladha

Berita

Berita

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membuat pengumuman rasmi berkenaan penetapan tarikh rasmi Hari Raya Haji (Aidiladha) bagi tahun 2024 di Malaysia

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1)

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Pengisytiharan Atau Pengumuman Terakhir Hari Raya Haji Aidiladha Tahun 2024

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan tarikh rasmi Hari Raya Haji / Qurban bagi tahun 2024 yang akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat.

Maklumat Tarikh Rasmi Hari Raya Aidiladha 2024M / 1445H Di Malaysia

Pengisytiharan tarikh Hari Raya Haji / Qurban (Aidiladha) 2024 di Malaysia

  • Saluran pengumuman : RTM TV1 (jam 8:00 malam, tarikh akan dikemaskini)

Tarikh Hari Raya Aidiladha Tahun Ini (2024) Di Malaysia

  • 17 Jun 2024 (Isnin) bersamaan 10 Zulhijjah 1445 Hijrah tarikh seperti yang diumumkan oleh JAKIM

Laporan Tahun 2023

Seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Qurban, Hari Raya Haji) pada hari Khamis 29 Jun 2023, demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Haji Mohd Aseral Bin Jusman

Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd Aseral Jusman telah memaklumkan bahawa 1 Zulhijjah 1444H adalah bersamaan dengan 10 Jun 2023M. Oleh yang demikian, tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan