Pengisytiharan pengumuman hari mula puasa 2024 Ramadhan

Ramadhan

Ramadhan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah di Malaysia melalui radio dan televisyen

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia itu akan dibuat selepas mendapat laporan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri yang diadakan lewat petang pada hari Ahad, 10 Mac 2024

Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Pengisytiharan Atau Pengumuman Tarikh Hari Mula Puasa Di Bulan Ramadhan Tahun 2024

Berikut ialah ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan tarikh rasmi permulaan puasa tahun 2024 bagi negara Malaysia yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dibuat.

Tarikh Rasmi Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2024M / 1445H Di Malaysia

Pengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadhan 2024 di Malaysia akan diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 10 Mac 2024). Tarikh rasmi hari permulaan puasa ramadhan tahun ini (2024) di Malaysia adalah:

  • Selasa, 12 Mac 2024

* Tarikh adalah RASMI seperti diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja

Pengumuman Penetapan Awal Puasa Ramadhan 2024M / 1445H

Baca juga : Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan Seluruh Negeri Tahun 2024 / 1445H JAKIM

Laporan

  • Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai hari Selasa, 12 Mac 2024M bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah
  • Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Selasa, 12 Mac 2024M bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
  • Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di stesen penyiaran tempatan yang lain
  • Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Ahad, 10 Mac 2024M bersamaan 29 Syaaban 1444H untuk melihat atau cerapan anak bulan serta menyatakan beberapa lokasi untuk tujuan tersebut
  • Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan