hit counter
weblog mysumber

permohonan biasiswa jepun bagi rakyat malaysia

20:31 Redaksi Admin

Permohonan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Jepun bagi rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dan pascaijazah sesi akademik 2013 di negara itu, kini dibuka

Biasiswa Jepunpermohonan biasiswa jepun bagi rakyat malaysia
Biasiswa Monbukagakusho untuk ijazah pertama itu terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau O-Level dengan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan rasmi dan juga lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Peperiksaan Bersepadu, Matrikulasi dan Diploma

Syarat Permohonan Lain

Pemohon mesti berusia antara 17 dan 22 tahun pada 1 April 2013

Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

Permohonan mesti tiba di kedutaan sebelum 4 petang pada 13 April ini

Kelebihan

Calon yang layak akan menerima elaun 117,000 yen (kira-kira RM4,300) bagi tempoh lima hingga tujuh tahun pengajian, bermula April tahun depan. 

Pemohon Peringkat pascaijazah
Pemohon peringkat pascaijazah, mereka mesti berusia di bawah 35 tahun pada 1 April 2013, memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama atau kelas kedua tinggi, dan penuntut ijazah pertama yang kini di tahun akhir pengajian. 

Penjawat awam juga layak memohon menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam dengan melayari laman web www.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-8885 3432

Pemohon yang layak akan menerima elaun 143,000 yen (kira-kira RM5,300) bagi tempoh setahun setengah hingga dua tahun kursus, bermula April atau Oktober 2013. 

Tarikh akhir permohonan bagi bukan penjawat awam ialah sebelum 4 petang pada 6 April dan 30 Mac untuk penjawat awam. 

Mereka yang berminat boleh dapatkan borang di Kedutaan Jepun atau memuat turun dan mencetaknya daripada laman web www.my.emb-japan.go.jp, atau menghantar sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 80 sen ke

Japan Information Service, Kedutaan Jepun,

No. 11 Persiaran Stonor Off Jalan Tun Razak,

50450 Kuala Lumpur

Pemohon mesti menulis “Undergraduate” atau “Postgraduate” pada sudut atas sebelah kiri semua sampul surat sebelum menghantarnya. 

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-2177 2600 (samb 146 bagi ijazah pertama, dan 157 untuk pascaijazah).Sumber info- BERNAMA