permohonan biasiswa jpa 2014 spm program kejuruteraan

Mysumber Redaksi Admin
Permohonan Biasiswa JPA 2014 SPM Program Kejuruteraan

Maklumat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013, adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan program kejuruteraan Jerman, Perancis, Jepun dan Korea bagi tahun 2014

JPA dalam kenyataan yang dipaparkan dalam Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) memaklumkan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan melayari judul pautan (link) seperti berikut

Klik- PROGRAM KEJURUTERAAN(JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) TAHUN 2014

Maklumat Berkaitan

Program-program penajaan untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan Kerajaan

Permohonan secara online akan dibuka mulai jam 8.30 pagi pada 21 Mac 2014 sehingga 27 Mac 2014 iaitu selama 7 hari

Program Tajaan adalah seperti berikut:-

Kejuteraan Jerman
Kejuteraan Perancis
Kejuteraan Jepun
Kejuteraan Korea

Untuk pertanyaan lanjut dan kepastian mengenai program tajaan JPA, pemohon boleh menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada hari bekerja bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang ataupun e-mel ke penawaranlsp@jpa.gov.my

Selain itu, pemohon digalakkan menyemak status terkini permohonan di www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my

Disiarkan: 20.3.2014, Khamis