hit counter
weblog mysumber

permohonan insentif kahwin rm200 belia selangor 2013

06:58 Redaksi Admin
Permohonan Insentif kahwin RM200 belia Selangor 2013

Akhbar Sinar Harian pada Khamis (7 Februari 2013) melaporkan golongan belia di Selangor yang berkahwin mulai 1 Januari tahun ini boleh menikmati insentif hadiah perkahwinan RM200  bagi setiap pasangan dalam tempoh terdekat

borang rm 200 belia selangor kahwin 2013permohonan insentif kahwin rm200 belia selangor 2013

Pemberian insentif itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang merupakan anak Selangor, berusia 35 tahun ke bawah

Cara Pembayaran Intensif

  • Insentif itu akan diberi dalam bentuk simpanan Tabung Haji bagi mereka yang beragama Islam
  • Pasangan bukan Islam,pemberian dilakukan menerusi sijil simpanan premium¬†Bank Simpanan Nasional (BSN)

Cara Mohon Borang Intensif Kahwin

  • Belia yang sudah berkahwin boleh mendapatkan borang permohonan di pusat khidmat masyarakat Dun masing-masing untuk mengisi borang bagi mendapatkan insentif hadiah perkahwinan ini

Pemberian hadiah itu akan diproses secepat mungkin sekiranya pemohon menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) segera

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian insentif itu menerusi pembiayaan daripada peruntukan Belanjawan Selangor 2013