permohonan kemasukan sbp 2014 tingkatan 1 dan 4 online

03:02 Redaksi Admin
Permohonan Kemasukan SBP Sekolah Berasrama Penuh 2014 tingkatan 1 dan 4
mohon sbp 2014 online 1

SBP sesi 2014

Permohonan ke sekolah berasrama penuh bagi tahun 2014 boleh dibuat mulai tarikh 1 September ini hingga 15 Oktober 2013 demikian merujuk kepada pemberitahuan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Calon yang terbabit adalah murid tahun 6 dan tingkatan 3 yang  bakal menduduki UPSR dan PMR 2013

Prosedur permohonan adalah seperti berikut

Permohonan hendaklah menggunakan sistem permohonan dalam talian (online) Tingkatan Satu (1) dan empat (4) melalui e- perkhidmatan laman web rasmi KPM di alamat http://www.moe.gov.my atau terus laman permohonan klik pautan

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sekolah asrama penuh, klik pada url http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh

mohon sbp 2013

contoh paparan laman permohonan

Sebagai makluman capaian aplikasi permohanan tersebut akan dibuka kepada pemohon pada tarikh yang telah dinyatakan dan panduan pengguna turut disertakan pada laman terbabit

Syarat Umum Kemasukan SBP 2014

  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan

Syarat kelayakan pemilihan minimum SBP tingkatan 1

  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum

Syarat kelayakan pemilihan minimum SBP tingkatan 4

  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum
Klik – Maklumat Permohonan Kemasukan SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Kongsi Konten mysumber