hit counter
weblog mysumber

permohonan kursus perguruan lepasan spm kplspm 2012

16:13 Redaksi Admin
Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM Sijil Pelajaran Malaysia KPM – KPLSPM 2012 Ambilan Jun

Kepada calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan,khususnya berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

KPLSPM 2012permohonan kursus perguruan lepasan spm kplspm 2012

Iklan keratan akhbar

Langkah dan cara untuk memohon KPLSPM 2012
  • Tarikh permohonan dibuka pada 22 Mac 2012
  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang Aplikasi Permohonan Program Perguruan KPM pada pautan dibawah

Aplikasi KPLI-SR/KPLSPM 2012 (Telah ditutup)

NotaCalon dinasihatkan membaca dan diminta untuk memahami langkah dan syarat bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang tidak diingini semasa mengisi borang permohonan KPLSPM online

  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut

Bahasa Melayu,Sejarah,Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris

Tarikh Tutup

5 April 2012

Pertanyaan dan Maklumat 

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan,semua info berkaitan terkandung di dalam Aplikasi Permohonan Program Perguruan KPM pada pautan yang disertakan diatas

Info berkaitan

AktivitiTarikh
Semakan Temuduga30 April 2012
Temuduga & Ujian Insak7 – 18 Mei 2012
Keputusan Permohonan5 Jun 2012
Pendaftaran Pelajar Baru18 Jun 2012