hit counter
weblog mysumber

permohonan pr1ma rumah rakyat 1malaysia

14:50 Redaksi Admin
Permohonan PR1MA rumah rakyat 1Malaysia – online

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.Terbaru diberitakan bahawa Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)  akan dilaksanakan secara online (atas talian)mulai Sabtu ini 8 Disember 2012

pr1ma rumah rakyat 1malaysiapermohonan pr1ma rumah rakyat 1malaysia

Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pulau Pinang, Sabtu ini

Sistem pendaftaran yang bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang rata-rata mempunyai kemudahan internet

Kriteria layak memohon

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri

Cara Memohon

Layari laman web rasmi PR1MA Berhad di url berikut

http://www.pr1ma.my

 (Versi Bahasa Malaysia)

Dalam laman web tersebut pemohon boleh mendapatkan informasi yang lebih jelas ataupun maklumat terkini mengenai PR1MA

Ringkasan Langkah-langkah utama mengikut turutan sebelum berjaya memiliki rumah

  1. Semakan Kelayakan
  2. Pendaftaran
  3. Permohonan
  4. Pengesahan
  5. Pengundian
  6. Pengumuman Keputusan Undian
  7. Pembelian Rumah