permohonan matrikulasi sesi 2015-2016

03:16 Redaksi Admin
Permohonan Matrikulasi Sesi 2015-2016

Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015/2016 telah dibuka mulai 1 Julai 2014 dan tarikh tutup adalah 10 Oktober 2014, demikian menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

apply matrik online 2015 2016 kpm

Pemohon, warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2015 ataupun pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM

Untuk maklumat seperti syarat  program dan kelayakan minimum sila klik pada butang pautan (link)

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/layak_o.cfm

Cara Buat Permohonan

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI) dimana pelajar (pemohon) perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) yang harus dibeli bagi membolehkan mengakses borang permohonan online

Sila klik pada butang pautan dibawah bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membuat permohonan

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Manual_mohon.cfm


Apabila sudah mendapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN), pelajar boleh mula membuat permohonan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN di laman Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI), klik pada butang pautan berikut

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan

isi borang matrik online 2015

matrik 2015

Dalam laman aplikasi tersebut pemohon boleh mengetahui setiap langkah yang perlu dilakukan semasa mengemukakan permohonan berdasarkan maklumat yang terdapat pada menu disediakan iaitu

  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Kemaskini Permohonan
  • Semakan Permohonan

Di samping itu, pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my ataupun http://www.moe.gov.my/bmkpm

1.7.2014, Selasa