hit counter
weblog mysumber

permohonan rebat rm200 telefon 3g mulai 1 januari 2013

07:55 Redaksi Admin
Permohonan rebat RM200 telefon 3G mulai 1 Januari 2013 – online

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini (1 January 2013)

rebat rm 200 telefon 3gpermohonan rebat rm200 telefon 3g mulai 1 januari 2013

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian (online) di http://nbi.skmm.gov.my

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan

Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas,katanya

Maklumat lain yang lebih jelas mahupun berkaitan antaranya syarat kelayakan sila klik Soalan-Soalan Lazim Pakej Komunikasi Belia