Permohonan rumah Idaman dan Mesra rakyat SPNB borang online

22:00 Redaksi Admin

Permohonan Rumah Mesra Dan Idaman Rakyat SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara

Terdahulu, ketika membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan mahu SPNB bertindak sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain

Perdana Menteri turut memaklumkan SPNB akan membina tiga ribu unit RIR di seluruh negara pada 2014

Mysumber AdminInfo Terkini
Menerusi pembentangan Bajet 2016, kerajaan akan membina 10 ribu unit rumah Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah (Harga Rumah RM65,000) dengan peruntukan 200 juta ringgit

RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA (RMR1M)

Permohanan Rumah Mesra Rakyat

Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa

Info Dan Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
Warganegara Malaysia
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun
Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,500 sebulan
Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna
Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik
Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada)
Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps
Tertakluk kepada kelulusan pinjaman daripada Bank / Institusi kewangan
Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan
Cara Buat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
Bagi mereka yang berminat, borang permohonan Rumah Mesra Rakyat boleh didapati di pejabat wakil rakyat atau pejabat YB yang berdekatan

LANGKAH DAN PERINGKAT PERMOHONAN RMR1M

Langkah Cara Memohon RMR1M

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

Ciri Rumah RMR1M

InfoMysumber Admin
Pemohon yang gagal dalam permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) disebabkan tidak menepati syarat minima kelayakan boleh mencuba program perumahan baru yang diperkenalkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus)
Maklumat lanjut berkaitan Rumah Mesra Rakyat PLUS (RMRPLUS) boleh diperoleh dengan klik pada judul pautan dibawah
Tunjuk LinkInfo Dan Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat RMRplus SPNB

Permohonan Rumah Idaman Rakyat

PERMOHONAN RUMAH IDAMAN RAKYAT SECARA ONLINE

Bagi  mereka yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara atas talian (online)

Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut

Perkara Butiran
Permohonan Dan Pendaftaran Permohonan dan pendaftaran Rumah Idaman Rakyat (RIR) boleh dilakukan secara atas talian (Online)

SPNB tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini)

Dasar Rumah Idaman Rakyat Melaksanakan pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah tidak melebihi RM250,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan atau usahasama dengan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan, badan berkanun atau atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan
Polisi Dan Kelayakan Pembeli Rumah Idaman Rakyat Sila klik judul pautanTunjuk LinkPolisi Rumah Idaman Rakyat
Senarai Projek Terkini Rumah Idaman Rakyat Sila klik judul pautanTunjuk LinkSenarai Projek Rumah Idaman Rakyat
Laman Web Sistem Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat Sila klik judul pautan Tunjuk LinkBorang Online Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sila layari laman web rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di pautanTunjuk Linkhttp://spnb.com.my
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui akaun Facebook rasmi SPNB di pautanTunjuk Linkhttps://www.facebook.com/officialSPNB