Permohonan UPU Online 2017-2018 UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti

13:50 Redaksi Admin

UPU UA Panduan Permohonan IPT No Unik ID Pin BSN

Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2017 / 2018 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) boleh di buat bermula pada tarikh 6 Februari 2017 hingga 31 Mac 2017

Calon (pemohon) yang mahu membuat permohonan disarankan terlebih dahulu menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan lulusan pengajian calon sebelum ini

SEMAKAN SENARAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Sila Klik Linke-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier

Sila Klik Linke-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

PROGRAM PENGAJIAN ASASI / DIPLOMA: PEMOHON LEPASAN / LULUSAN SPM (SETARAF)
Semua pemohon yang berkelayakan SPM tahun 2016, 2015 dan 2014 berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berdasarkan kelayakan serta minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi / Diploma sesi akademik 2017 / 2018
PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA: PEMOHON LEPASAN / LULUSAN STPM (SETARAF)
Semua pemohon yang berkelayakan STPM, STAM, Matrikulasi / Asasi, Pra-U Sekolah Sukan dan Diploma berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2017 / 2018

PERMOHONAN UPU ONLINE UA POLITEKNIK ILKA KOLEJ KOMUNITI SESI AKADEMIK 2017 / 2018

Sebagai makluman, untuk mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan
Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2017 / 2018
Tarikh Permohonan UPU
Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
6 Februari 2017 31 Mac 2017
Jam 12 tengah hari Jam 11.59 malam
Tarikh permohonan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh dan masa yang dinyatakan
Tarikh Pembelian Nombor Pin Unik ID Permohonan UPU Sesi 2017 / 2018
No. Unik ID
Nombor pin unik ID UPU di BSN bagi permohonan sesi akademik 2017 / 2018 adalah berharga RM15.64 termasuk caj GST dan boleh dibeli bermula pada tarikh sistem aplikasi permohonan UPU online dibuka secara rasmi
Sila Klik LinkJadual Penjualan Dan Tarikh Pembelian Dan Harga No Unik ID Di BSN
Penjualan PIN UPU ONLINE sesi akademik 2017 / 2018 akan dibuka mulai 6 Februari 2017 (Isnin)
Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
Kategori Pembelian No. Unik ID BSN Bagi Permohonan UPU Online
Butiran
Sila pastikan anda membeli nombor Unik ID di BSN dengan betul mengikut kategori masing-masing iaitu:

Kategori Permohonan Lulusan / Lepasan Pengajian Pemohon Terlibat
Program Lepasan SPM (Setaraf) SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti
Program Lepasan STPM (Setaraf) STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM
Maklumat Lanjut, Panduan Dan Pertanyaan
Info UPU
Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon disarankan hanya melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah
Sila Klik LinkFacebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
Sila Klik LinkPortal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Menerusi Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, pemohon boleh mendapatkan jawapan tepat bagi setiap pertanyaan yang akan dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU
Sebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk terlebih dahulu dalam ruangan komen di FB rasmi UPU kerana setiap soalan yang sering ditanya oleh pemohon telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU
Menerusi Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, pemohon boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan lengkap yang telah tersedia melalui menu-menu seperti berikut
Panduan Semakan Syarat
Panduan Permohonan IPTA / Universiti Awam (UA)
Panduan Permohonan ILKA
Soalan Lazim
Syarat AM Permohonan
Butiran Lengkap Cara Mendapatkan Nombor Unik ID
Senarai Pekeliling
Sila manfaatkan dengan membaca setiap info-info serta maklumat penting di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar bagi memudahkan pemohon membuat permohonan selain dapat mengelakkan daripada sebarang kesilapan
Sistem Aplikasi Borang Permohonan UPU Online
Sistem UPUOnline
Setelah mendapatkan no unik ID di BSN bagi permohonan UPU 2017 / 2018 mengikut kategori masing-masing, pemohon boleh mula membuat permohonan secara online
Permohonan perlu dibuat melalui aplikasi atas talian (online) di Sistem Aplikasi Permohonan UPU online menerusi pautan di bawah dengan menggunakan no unik ID untuk mengakses / Log Masuk sistem aplikasi borang permohonan UPU
Sila Klik LinkSistem Aplikasihttps://online.mohe.gov.my
Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh yang ditetapkan dimana pemohon pertama kali (baharu) perlu mendaftar sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUOnline boleh dibuat tanpa No. Unik ID

VIDEO TIPS DAN PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE

Link BerkaitanInfo Berkaitan
Tunjuk LinkPermohonan IPG Institut Pendidikan Guru Ambilan Jun 2017 Lulusan SPM
Tunjuk LinkSemakan Keputusan UA (IPTA) 2017-2018 Lepasan SPM / STPM
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share