Piala AFF 2022 Mitsubishi jadual keputusan dan kedudukan carta Malaysia

Bola sepak

Bola sepak

Piala Mitsubishi AFF 2022 iaitu kejohanan bola sepak Asean yang diadakan setiap dua tahun sekali kini sudah memasuki edisi ke 14 akan membuka tirai aksi bagi negara bertanding bermula pada Disember 2022 hingga Januari 2023

Pada edisi sebelum ini, satu venue berkecuali akan dipilih bagi menjalankan kejohanan ini sebagai langkah keselamatan menghadapi penularan COVID-19. Untuk edisi tahun 2018 yang lalu, format pertandingan AFF Mitsubishi Cup akan mengalami sedikit perubahan di mana setiap negara akan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan pada peringkat kumpulan.

Pada kejohanan Piala AFF 2018 yang lalu, Skuad Harimau Malaysia di bawah kendalian jurulatih, Tan Cheng Hoe telah diundi di kumpulan A pada majlis undian yang diadakan pada 2 Mei yang lalu di Jakarta. Keputusan undian sekaligus menyaksikan Malaysia berjaya mengelak daripada berada di kumpulan maut iaitu bertemu Thailand. Indonesia dan Singapura pada saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2018

Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Mitsubishi 2022

  • Kumpulan A : Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, (Brunei/Timor Leste)
  • Kumpulan B : Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar, Laos

Bola sepak

Format Piala AFF Mitsubishi 2022

  • Sepuluh (10) pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, masing-masing dihuni oleh lima (5) negara dan satu slot terakhir akan disi oleh pasukan negara yang memenangi pusingan kelayakan
  • Setiap pasukan akan bermain empat perlawanan, dua perlawanan Home dan dua perlawanan Away
  • Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir, di mana juara Kumpulan A akan berdepan naib juara Kumpulan B, manakala juara Kumpulan B bertemu naib juara Kumpulan A.
  • Format pusingan kalah mati iaitu separuh akhir dan perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik (Home dan Away)

Jadual Keputusan Terkini Dan Kedudukan Carta Piala AFF Mitsubishi 2022 Malaysia

Berikut adalah perincian jadual dan keputusan perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaysia serta pasukan lain yang berada dalam kumpulan A dan juga keputusan bagi semua pasukan dalam kumpulan B

JADUAL KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN A
Tarikh Masa  Tuan Rumah Keputusan Pelawat
20 Dec6pmKemboja3 – 2Filipina
20 Dec830pmBrunei0 – 5Thailand
23 Dec6pmFilipina5 – 1Brunei
23 Dec530pmIndonesia2 – 1Kemboja
26 Dec6pmBrunei0 – 7Indonesia
26 Dec830pmThailand4 – 0Filipina
29 Dec530pmIndonesia1 – 1Thailand
29 Dec6pmKemboja 5 – 1Brunei
2 Jan830pmThailand 3 – 1Kemboja
2 Jan830pmFilipina 1 – 2Indonesia
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Thailand 4 3 1 0 13 2 +1110
Indonesia 4 3 1 0 12 3 +910
Kemboja 4 2 0 2 10 8 +26
Filipina 4 1 0 3 8 10 -23
Brunei 4 0 0 4 2 22 -200

Skuad Pemain Harimau Malaya Di AFF Mitsubishi Cup 2022

Lima pemain yang sebelum ini berada dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu tidak berada dalam senarai akhir tersebut iaitu penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools (urusan peribadi).

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin, 19 Disember 2022 bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada Rabu, 21 Disember 2022 sebelum kembali ke tanah air, hari berikutnya.

Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos pada perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Disember 2022, dan hari berikutnya terbang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa, 27 Disember 2022.

Pulang ke tanah air pada hari berikutnya, skuad Harimau Malaya tidak beraksi pada Hari Perlawanan 4 bagi Kumpulan B pada Jumaat, 30 Disember 2022 dan hanya akan kembali turun beraksi pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 3 Januari 2023.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 dan 9 atau 10 Januari 2023 manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023.

Berikut senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bermula 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023

No/ Nama/ Umur/ Pasukan

Penjaga Gol (GK)

  1. Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, 27, Kedah Darul Aman FC *
  2. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 26, Negeri Sembilan FC
  3. Muhammad Rahadiazli Rahalim, 21, Terengganu FC

Pertahanan

  1. Muhammad Azam Azmi Murad, 21, Terengganu FC
  2. Sharul Nazeem Zulpakar, 23, Selangor FC
  3. Ahmad Khuzaimi Piee, 29, Negeri Sembilan FC
  4. Dominic Tan, 25, Sabah FC
  5. Quentin Cheng Jiun-ho, 23, Selangor FC
  6. Muhammad Fazly Mazlan, 29, Selangor FC

Tengah (Midfield)

  1. Brendan Gan, 34, Selangor FC
  2. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, 21, Selangor FC
  3. David William Rowley, 32, Sri Pahang FC
  4. Stuart John Wilkin, 24, Sabah FC
  5. Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, 22, Selangor FC
  6. Ruventhiran A/l Vengadesan, 21, Petaling Jaya City FC
  7. Nur Shamie Iszuan Amin, 27, Sarawak United FC
  8. Mohd Nor Hakim Hassan, 31, Selangor FC

Penyerang

  1. Muhammad Safawi Rasid, 25, Ratchaburi FC *
  2. Darren Lok, 32, Sabah FC *
  3. Mohamad Faisal Abdul Halim, 24, Terengganu FC
  4. Lee Andrew Tuck, 34, Sri Pahang FC
  5. Sergio Fabian Ezequiel Aguero, 28, Sri Pahang FC
  6. Muhammad Haqimi Azim Rosli, 19, Kuala Lumpur City FC

* Pasukan Baharu Musim 2023

JADUAL KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN B
Tarikh Masa   Keputusan
21 Dec6pmMyanmar0 – 1Malaysia
21 Dec830pmLaos0 – 6Vietnam
24 Dec830pmMalaysia5 – 0Laos
24 Dec6pmSingapura3 – 2Myanmar
27 Dec6pmLaos0 – 2Singapura
27 Dec830pmVietnam3 – 0Malaysia
30 Dec830pmSingapura 0 – 0Vietnam
30 Dec6pmMyanmar 2 – 2Laos
3 Jan830pmVietnam3 – 0Myanmar
3 Jan830pmMalaysia4 – 1Singapura
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Vietnam 4 3 1 0 12 0 +1210
Malaysia 4 3 0 1 10 4 +69
Singapura 4 2 1 1 6 6 07
Myanmar 4 0 1 3 4 9 -51
Laos 4 0 1 3 2 15 -131

Jadual Perlawanan Separuh Akhir AFF Mitsubishi Cup 2022

Pasukan 1 Pasukan 2Separuh Akhir Pertama Separuh Akhir Kedua (Agg)
Indonesia6 & 9 Jan/ 830pmVietnam0 – 02 – 0 (Agg 2 – 0)
Malaysia7 & 10 Jan/ 830pmThailand1 – 00 – 3 (Agg 1 – 3)

Jadual Perlawanan Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022

Pasukan 1 Pasukan 2Akhir PertamaAkhir Kedua (Agg)
Vietnam13 & 16 Jan/ 830pmThailand2 – 20 – 1 (Agg 2 – 3)
JUARA PIALA AFF MITSUBISHI 2022
Thailand

Related : stadium bishan, menentang kemboja, aff championship, perlawanan pertama, peringkat separuh, malaysia fam, dua pemain, saingan piala,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan