hit counter
weblog mysumber

pru 13-tarikh parlimen dijangka bubar 3 april 2013

15:00 Redaksi Admin
Terkini menjelang PRU 13 : Tarikh Parlimen dijangka bubar 3 April 2013

Kehangatan bahang pilihan raya umum ke 13 kian dirasai oleh rakyat Malaysia yang teruja untuk melaksanakan hak dan kewajiban selaku pengundi apabila diberitakan parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan

parlimen bubar esok terkinipru 13 tarikh parlimen dijangka bubar 3 april 2013

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi