Contoh Cara Buat Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2019

Sekolah

Sekolah

Borang kaji atau soal selidik ini perlu dibuat dalam perlaksanaan dan disertakan dalam pelaporan tugasan wajib bagi Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kajian lapangan atau lebih dikenali sebagai kerja kursus, agar menjelaskan lagi hasil dapatan dan maklumat yang diperoleh itu menjadi info tentang kawasan kajian

Soal selidik itu perlu dilakukan oleh calon PT3 di tingkatan 3 secara individu mahupun secara berkumpulan bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada responden (individu yang disoal selidik) di kawasan kajian berhubung dengan tugasan

Perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan kandungan laporan kajian yang dibuat oleh calon. Lazimnya, untuk mendapatkan soalan yang boleh disertakan dalam borang soal selidik, objektif kajian boleh digunakan untuk dijadikan panduan

Bagi tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2019, tajuk atau topik kerja kursus adalah ditentukan oleh sekolah masing-masing tetapi masih tertakluk kepada silibus pengajian yang dipelajari oleh murid. Sebagai contoh, salah satu soalan adalah calon perlu membuat kajian mengenai faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan tempat tinggal / sekolah

Contoh Dan Cara Buat Borang Soal Selidik Tugasan Kajian Lapangan Geografi PT3 Tahun 2019

Berikut adalah contoh format dan di antara perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik berkaitan dengan tugasan kajian lapangan Geografi

BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN:_____________________
KAWASAN:__________________


BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakanSekolahpada kotak jika berkenaan

(A1) Nama Penuh:___________________________
(A2) Alamat:_______________________________

(A3) Bangsa:
( )Melayu
( )Cina
( )India
Lain-lain. Sila nyatakan__________

(A4) Jantina:
( )Lelaki
( )Perempuan

(A5) Umur:
( )21 – 30 tahun
( )31 – 40 tahun
( )41 – 50 tahun
( )51 tahun ke atas

(A6) Pekerjaan:

( )Tidak Berkerja
( )Berkerja Sendiri
( )Penjawat Awam / Badan Berkanun
( )Penjawat / Pekerja Swasta

Sila Nyatakan Jenis Pekerjaan __________

(A7) Pendapatan:
( )RM900 kebawah
( )RM900 – RM3000
( )RM3000 keatas


BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakanSekolahpada kotak jika berkenaan (boleh ditandakan lebih daripada satu)

(B1) Berapa lamakah Encik / Puan /Cik tinggal di kawasan ini?

( )2 – 3 tahun
( )5 – 10 tahun
( )11 – 15 tahun
( )16 – 20 tahun
Lain-lain. Sila nyatakan_______________

(B2) Sila pilih kegiatan ekonomi yang diketahui dijalankan di kawasan ini?

( )Pertanian
( )Perindustrian
( )Perikanan
( )Perlancongan
( )Pendidikan
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B3) Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan ini?

( )Bentuk Muka Bumi
( )Iklim/Suhu
( )Saliran
( )Tanih
( )Infrastruktur
( )Teknologi
( )Buruh
( )Modal
( )Dasar Kerajaan
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B4) Apakah cadangan kegiatan ekonomi lain yang berpotensi untuk dimajukan di  kawasan ini selain di atas ?

( )Pertanian
( )Perindustrian
( )Perikanan
( )Perlancongan
( )Pendidikan
( )Penternakan
Lain-lain. Sila nyatakan berserta usul atau cadangan_________________________________

(B5) Sekiranya sektor ekonomi yang berpotensi tersebut dimajukan di kawasan ini, apakah manfaat yang dapat diperoleh

( )Pendapatan Negara
( )Peluang Pekerjaan
( )Pengurangan Import
( )Peningkatan Infrastruktur
Lain-lain. Sila nyatakan_________________________

(B6) Apakah sumbangan perindustrian sekiranya sektor tersebut dipertingkatkan lagi di kawasan ini?

( )Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
( )Meningkatkan KDNK dan pendapatan negara
( )Kesan pengganda rantaian ekonomi seperti pertanian, pengangkutan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang berkait secara langsung dengan industri pembuatan
( )Menambah dana pelaburan dalam negara
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________

(B7) Apakah faktor fizikal utama yang mempengaruhi aktiviti pelancongan sekiranya sektor pelancongan dimajukan di kawasan ini?

( )Sejarah Silam
( )Bentuk Muka Bumi
( )Tarikan Cuaca
( )Keindahan Pantai
( )Makanan
Lain-lain. Sila nyatakan________________________

(B8) Jika sektor perikanan lebih berpotensi dimajukan, bagaimanakah teknologi moden mempengaruhi kemajuan sektor perikanan di kawasan ini?

( )Penggunaan bot dan peralatan tangkapan yang berteknologi moden
( )Penggunaan radar pengesan ikan (ecosonar), GPS
( )Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________

(B9) Adakah berlaku sebarang pencemaran alam sekitar di kawasan ini?

( )Pencemaran air
( )Pencemaran udara
( )Pencemaran bunyi
( )Pencemaran tanah
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B10) Apakah langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku di Kawasan ini?

( )Mencadangkan penubuhan Lembaga Alam Sekitar bagi mendidik penduduk dan memantau aktiviti
( )Menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah laku
( )Mengkaji teknologi baru yang boleh mengurangkan berlakunya pencemaran
( )Bekerjasama dalam menangkap pesalah laku dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________


BAHAGIAN C: AKUAN / PENGESAHAN

Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik / temu bual ini adalah benar serta dilengkapkan oleh saya sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak

Tandatangan:____________Tarikh:____________


Kerjasama serta maklum balas dari pihak tuan / puan dalam soal selidik / temubual ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

*Sebelum menjalankan soal selidik di sekitar kawasan anda, pastikan anda telah mendapatkan surat akuan kebenaran menjalankan aktiviti ini daripada pihak sekolah bagi membuktikan kajian yang anda jalankan adalah benar. Contoh surat akuan tersebut adalah seperti berikut:

 

Sekolah

Contoh Borang Soal Selidik yang disertakan oleh MYsumber ini adalah lebih menjurus kepada Umum dan boleh dijawab dengan mudah oleh responden

a. Borang kaji selidik yang disertakan ini adalah sebagai panduan, rujukan dan cetusan idea baharu kepada calon sahaja
b. Sila buat penambahbaikan borang soal selidik tersebut mengikut kesesuaian kandungan kajian
c. Sila rujuk dengan guru terlibat bagi mendapatkan jumlah responden yang perlu di soal selidik atau temu bual
d. Sekeping borang soal selidik mewakili satu / seorang responden

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan