Punca dan sebab permohonan BR1M 2017 gagal tidak lulus

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 ditutup, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan

Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

Sebab Dan Punca Permohonan BR1M 2017 Tidak Lulus (Ditolak) Atau Gagal

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Polis Diraja Malaysia
  3. Angkatan Tentera Malaysia
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  5. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  6. Kumpulan Wang Amanah Pencen
  7. Jabatan Perkhidmatan Awam
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan
  9. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  10. Kementerian Pendidikan Tinggi
  11. Jabatan Agama Islam Negeri
  12. Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal. Namun mereka yang gagal masih berpeluang mendapatkan BR1M dengan membuat permohonan rayuan

Menerusi semakan MYsumber dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama atau kesilapan yang membuatkan permohonan BR1M itu tidak diluluskan atau gagal

Antara Punca/ Alasan Dan Sebab – Sebabnya

Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada

Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan

Semakan data agensi mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000

Semakan data agensi mendapati pendapatan individu (bujang) melebihi RM2,000

Maklumat pendapatan pemohon / pasangan /  tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar

Pemohon yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan) tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon yang gagal boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017

  1. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan)
  2. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan)
  3. Maklumat tanggungan tidak lengkap
  4. Pemohon wujud sebagai Suami / Isteri permohonan lain atau Suami / Isteri telah membuat permohonan lain
  5. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
  6. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  7. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  8. No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  9. Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  10. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  11. Permohonan lebih daripada satu kali
  12. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  13. Nama pasangan /tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  14. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual

Senarai Lengkap Penerangan Punca BR1M 2017 Tidak Lulus Dan Permohonan Rayuan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan