hit counter
weblog mysumber

raja noor jan shah raja tuah kini sultan melaka?

04:37 Redaksi Admin
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah kini  bergelar Sultan Melaka?
bukti raja noor jan shah sultan melakaraja noor jan shah raja tuah kini sultan melaka?

RAJA NOOR JAN SHAH RAJA TUAH KINI SULTAN MELAKA?

Rakyat Malaysia terutamanya penduduk negeri Melaka dimainkan dengan seribu satu pertanyaan mengenai status seorang individu bergelar Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka

Dakwaan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka dikatakan turut mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 25 November 2013

Difahamkan isu tuntutan takhta Sultan ini sudah lama, iaitu bermula pada 13 November 2005 apabila Raja Noor Jan Shah sebelum itu mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22, Sultan Abdullah Muhammad I

Kemudiannya, Raja Noor Jan Shah juga mendakwa beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak berdasarkan urutan fakta sejarah salasilah keturunan beliau

gambar bukti raja noor jan shah sultan melakaraja noor jan shah raja tuah kini sultan melaka?

Bagaimana pun dakwaan beliau disangkal oleh pelbagai pihak malah menurut laporan media, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka seperti yang didakwa itu

Ini kerana isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa

Sementara itu, tinjauan di laman sosial Facebook beliau, ramai yang meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya menyedari tindakannya kerana rakyat di negeri Melaka sememangnya mengenali ilmu tentang sejarah Melaka dengan mendalam

Menariknya, ada juga yang teruja dengan perkara ini terutama pengikutnya dan seperti tidak sabar untuk mendapat Sultan Melaka yang baharu

Klik – Facebook Dymm Tuanku Raja Noor Jan Shah

updateraja noor jan shah raja tuah kini sultan melaka?  Kisah “Sultan Melaka” kembali mendapat perhatian umum apabila individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah telah mengadakan sebuah sidang media khas pada Isnin (6 Januari 2014) bertempat di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor

Dalam sidang media itu beliau turut memaklumkan bahawa pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka disamping menunjukkan surat pengiktirafan tersebut kepada wartawan

Beliau juga menegaskan apa yang dilakukan ini adalah hanya mahu menuntut hak sebagai “Sultan Melaka” dan mahu diiktiraf oleh rakyat, Majlis Raja-Raja Melayu dan pihak kerajaan Malaysia secara rasmi tanpa mengharapkan sebarang balasan

Selain itu, pihaknya juga tidak akan menyentuh langsung isu-isu politik yang wujud jika dibenarkan untuk kembali ke Melaka

Beliau juga akan meneruskan perjuangan demi menegakkan kebenaran tentang pewarisan takhta beliau itu

Video sedutan sidang media

updateraja noor jan shah raja tuah kini sultan melaka?  Hasrat dan impian terpendam Raja Noor Jan Shah yang mahu diiktiraf sebagai “Sultan Melaka” secara rasmi dilihat sukar untuk menjadi kenyataan

Berdasarkan laporan terbaru media pada Rabu, melaporkan Kerajaan Negeri Melaka telah menolak tuntutan beliau untuk diiktiraf sebagai ‘Sultan Melaka’.

Menurut kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah” itu

Tambah beliau lagi, tindakan Raja Noor Jan Shah cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka

gambar raja noor jan shah terkiniraja noor jan shah raja tuah kini sultan melaka?

Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya apa kesudahannya kisah Raja Noor Jan Shah difahamkan beliau adalah seorang usahawan dalam menuntut “haknya” sebagai pewaris takhta Sultan Melaka

Pihak kerajaan perlu bertindak menyelesaikan isu tuntutan ini kerana jika kerajaan terus berdiam, banyak lagi perkara pelik dan mengelirukan boleh terjadi angkara kisah tuntutan sebagai pewaris takhta Kesultanan Melayu Melaka yang dibuat oleh beliau

Jika perkara ini tidak ditangani dengan sewajarnya, bagaimana pula keadaannya jika beberapa lagi individu tampil membuat tuntutan yang sama dan melakukan tindak-tanduk sebagaimana Raja Noor Jan Shah ? sama-sama kita renungkan

Informasi ini disiarkan pada 6.1.2014, Isnin/ kemaskini terakhir 9.1.2014, Khamis