Borang rayuan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia online

00:03 Redaksi Admin

Borang Rayuan BR1M 2016

Kerajaan telah membuka permohonan rayuan BR1M 2016 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kepada pemohon yang gagal dalam mendapat bantuan berkenaan

Bagaimanapun, permohonan rayuan itu tidak boleh dikemukakan secara atas talian (online) dan ia perlu dibuat secara manual iaitu dengan menggunakan serta melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan BK-07 (1/2016)

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2016 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Permohonan Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia tidak boleh dibuat secara online kerana pemohon perlu sertakan beberapa salinan dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini bagi menyokong permohonan rayuan mereka

Tarikh Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 Dibuka
Permohonan Rayuan boleh dikemukakan oleh pemohon melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat, mulai 15 Mac hingga 15 April 2016
Bagi pemohon yang mahu memuat turun (download) Borang Rayuan BR1M 2016 di internet, sila klik judul pautanTunjuk LinkBorang Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia BK-07 (1/2016)
Borang rayuan BR1M 2016 yang telah dilengkapkan dengan sempurna disertakan bersama salinan dokumen diperlukan hendaklah dihantar ke mana-mana saluran yang dinyatakan seperti diatas
Dengan menggunakan borang yang sama juga, penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan surat menyurat boleh berbuat demikian sepanjang tempoh rayuan dibuka
Mysumber Admin
Sebagai peringatan, jangan lupa sertakan pembuktian salinan dokumen diperlukan mengikut kod alasan tidak lulus sepertimana yang diberitahu dalam bahagian lampiran borang rayuan
14 Mac 2016 – Isnin
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share