Cara buat rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017

13:22 Redaksi Admin

KV SMT Rayuan Cara Terkini

Calon yang gagal dengan permohonan / tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2017 boleh mengemukakan permohonan rayuan

Permohonan rayuan itu boleh dikemukakan oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana institut yang terlibat atau yang dipohon

CARA MEMBUAT RAYUAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) 2017

Menurut pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung dengan perkara ini, calon yang tidak berjaya ditawarkan atau calon yang tidak memohon secara online (kes terlepas tarikh permohonan) boleh membuat rayuan melalui walk-in (menghadirkan diri) ke mana-mana institusi yang dipohon

Info Permohonan Rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2017
Sesi Walk-In
Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang dijadualkan seperti dinyatakan di bawah
Institusi Tarikh
Kolej Vokasional 24 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017
Sekolah Menengah Teknik 24 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017
Keputusan
Butiran
Pemohon yang berjaya sepanjang tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan, juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkenaan
Nota Admin
Berkaitan
Sekiranya selepas membuat semakan keputusan melalui Sistem Aplikasi Semakan tidak dinyatakan apakah dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa membuat rayuan di institusi berkaitan nanti, calon disarankan menyediakan salinan keputusan peperiksaan, dokumen, sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar dan menulis surat rasmi yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan tersebut
Dengan menyediakan perkara berikut, ia dapat menunjukkan calon bersungguh-sungguh dan berminat untuk melanjutkan / mendapatkan pendidikan di institusi berkenaan
Senarai Institusi Dan Kursus Ditawarkan
Sila Klik LinkPDF FormatKV / SMT
Sila Klik LinkPDF FormatILKA / ILKS
Sila Klik LinkPDF FormatGiatMara
Sila Klik LinkPDF FormatPAV
Permohonan rayuan di Institusi ILKA, ILKS dan Giatmara juga boleh dibuat dengan menghubungi atau mengunjungi (walk – in) ke institusi berkenaan bermula pada tarikh yang sama seperti KV dan SMT
Maklumat Lanjut
Butiran
Sebarang maklumat lanjut dan terkini, sila hanya melayari KPM LogoPortal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share