Semakan keputusan dan tawaran SBP 2024 tingkatan 1 & 4 E-Rayuan

Sekolah

Sekolah

Calon-calon yang telah memohon ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan tahun 2024, boleh membuat semakan status keputusan dan tawaran penempatan secara dalam talian (online)

Sebarang pengumuman / pemberitahuan berkaitan dengan keputusan dan tawaran SBP 2024 Tingkatan 1 & 4 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Keputusan semakan tawaran lazimnya akan dibuka sekitar bulan Disember/ Januari. Bagi mereka yang tidak berjaya dalam application tersebut boleh membuat rayuan melalui sistem E-Rayuan SBP.

Namun ianya hanya dibuka kepada mereka yang telah membuat permohonan dan juga menduduki Ujian Kelayakan untuk kemasukan ke sbp sahaja

Semakan Keputusan Tawaran Dan Penempatan Calon SBP 2024 Tingkatan 1 Serta E-Rayuan 

Maklumat semakan bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, calon-calon boleh mengikuti ringkasan dan kemaskini maklumat mengenai Semakan PKSK, Tawaran, Penempatan dan E-Rayuan SBP Tingkatan 1 tahun 2024 menerusi ruangan yang disertakan dibawah dan akan dikemaskini

Tarikh Semakan Menduduki Pentaksiran Sekolah Khusus (PKSK)

PKSK adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4). PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Dibuka : 25 September 2023
  • Ditutup : 27 Oktober 2023

Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Murid yang berjaya dalam PKSK akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Dan Rayuan SBP 2024 Tingkatan 1

Berikut adalah tarikh untuk membuat semakan tawaran penempatan ke SBP untuk Tingkatan 1 sesi 2024:

Tarikh Semakan Tawaran

  • Dibuka : 1 Mac 2024 (sesi 2023: 17 Mac 2023)
  • Ditutup : 18 Mac 2024

Tarikh e-Rayuan

  • Dibuka : 1 Mac 2024 (sesi 2023: 17 Mac 2023)
  • Ditutup : 18 Mac 2024

Mekanisme Semakan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh

Untuk menyemak keputusan sbp tingkatan 1 klik pautan berikut:

Sistem aplikasi semakan tawaran dan e-Rayuan akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Calon Berjaya

  1. Pemohon yang berjaya (bersetuju dengan tawaran) hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
  3. Tarikh pendaftaran pelajar ke SBP untuk ambilan pertama adalah pada tarikh yang akan dikemaskini
  4. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
  5. Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang pertukaran ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan

Calon Gagal (eRayuan)

  1. Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama dan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama
  2. Keputusan ditentukan pada ambilan kedua berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran calon ambilan pertama
  3. Untuk lebih maklumat yang berkaitan, sila rujuk kepada pautan lampiran di bawah :

Tarikh Semakan Tawaran Ambilan Kedua SBP 2024

  • Dibuka : 9 April 2024 (Sesi 2023: 20 April 2023)
  • Ditutup : 27 April 2024

Semakan Secara Online

Sistem aplikasi semakan tawaran akan diaktifkan (dibuka) bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Sekolah

Calon-calon pelajar yang telah memohon ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan tahun 2024, boleh membuat semakan status keputusan dan tawaran penempatan secara dalam talian (online)

Sebarang pengumuman / pemberitahuan berkaitan dengan keputusan dan tawaran SBP 2024 Tingkatan 4 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan Keputusan Tawaran Dan Penempatan Calon SBP 2024 Tingkatan 4 Serta E-Rayuan

Selain itu, calon-calon boleh mengikuti ringkasan dan kemaskini maklumat mengenai Keputusan Pemilihan, Tawaran, Penempatan dan E-Rayuan SBP Tingkatan 4 tahun 2024 menerusi ruangan yang disertakan dibawah

Tarikh Semakan Menduduki Pentaksiran Sekolah Khusus (PKSK)

PKSK adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kelayakan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4). PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan

  • Dibuka : 25 September 2023 (sesi 2023: 15 Disember 2022)
  • Ditutup :13 Oktober 2023

Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Murid yang berjaya dalam PKSK akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Dan Rayuan SBP 2023 Tingkatan 4

Berikut adalah butiran mengenai semakan keputusan sbp tingkatan 4:

Tarikh Semakan Tawaran

  • Dibuka : 1 Mac 2024 (sesi 2023: 17 Mac 2023)
  • Ditutup : 18 Mac 2024

Tarikh e-Rayuan

  • Dibuka : 1 Mac 2024 (sesi 2023: 17 Mac 2023)
  • Ditutup : 18 Mac 2024

Mekanisme Semakan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh

Untuk menyemak keputusan sbp tingkatan 4 klik pautan berikut:

Sistem aplikasi semakan tawaran dan e-Rayuan akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Calon Berjaya (Cetakan Tawaran)

  • 1. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  • 2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
  • 3. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
  • 4. Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang pertukaran ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan

Calon Gagal (e-Rayuan)

Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama dan e- Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama

Keputusan ditentukan pada ambilan kedua berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran calon ambilan pertama

Untuk lebih maklumat yang berkaitan, sila rujuk kepada pautan lampiran di bawah:

Tarikh Semakan Tawaran SBP Tingkatan 4 Ambilan Kedua 2024

Tarikh RASMI akan diumumkan oleh KPM melalui aplikasi semakan SBP

  • Dibuka : 9 April 2024 (Sesi 2023: 20 April 2023)
  • Ditutup : 27 April 2024

Mekanisme Semakan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh

Sistem aplikasi semakan tawaran akan diaktifkan (dibuka) bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Calon Berjaya (Cetakan Tawaran)

1. Pemohon yang berjaya (bersetuju dengan tawaran) hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
3. Tarikh pendaftaran pelajar ke SBP untuk pelajar rayuan adalah pada tarikh yang akan dimaklumkan secara online
4. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
5. Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang pertukaran ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
6. Setiap calon boleh menerima tawaran sama ada dari KPM atau MARA. Sekiranya pemohon mendapat dua tawaran dan mendaftar di MARA, maka tawaran ke SBP adalah terbatal

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Related : https spskt4.moe.gov.my, keputusan sekolah berasrama penuh,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan