Semakan keputusan dan tawaran SBP 2017 tingkatan 4 E-Rayuan

08:27 Redaksi Admin

SBP Result Form 4 Tawaran Terkini E Rayuan

Calon-calon (pemohon) yang terbabit dengan permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun pengambilan 2017 boleh membuat semakan status keputusan dan tawaran penempatan secara atas talian (online)

Sebagai makluman, tarikh sebenar (rasmi) keputusan turut akan diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi ruangan pemberitahuan yang terdapat pada portal tersebut

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN DAN PENEMPATAN CALON SBP 2017 TINGKATAN 4 SERTA E-RAYUAN

Calon-calon boleh juga mengikuti ringkasan dan kemaskini maklumat berhubung dengan semakan keputusan permohonan dan penempatan calon kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun pengambilan 2017 menerusi ruangan yang disertakan dibawah

Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran SBP 2017 Tingkatan 4
Tarikh Semakan Keputusan / Tawaran Penempatan Calon Tingkatan 4 SBP 2017 Ambilan Pertama Serta Permohonan e-Rayuan
Tarikh Semakan
Dibuka Ditutup
20 Januari 2017 5 Februari 2017
Tarikh semakan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat semakan mengikut ketetapan tempoh tarikh yang dinyatakan
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan Tawaran Dan Penempatan Calon Tingkatan 4 SBP 2017 Serta Permohonan e-Rayuan
Sistem Aplikasi
Semakan Tawaran Dan E-Rayuan
Sila Klik LinkSistem AplikasiSistem Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Dan Permohonan e-Rayuan SBP 2017 Tingkatan 4
Sistem aplikasi semakan dan e-Rayuan akan diaktifkan bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut
Calon Berjaya

(Cetakan Tawaran)

Pelajar (pemohon) yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
Sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
Calon Gagal

(Rayuan)

Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama dan permohonan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama
Bagi calon yang terlepas atau tidak membuat permohonan SBP 2017 Tingkatan 4 pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini boleh membuat permohonan melalui sistem aplikasi e-Rayuan
Bagaimanapun tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama dan keputusan ditentukan pada ambilan kedua berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran calon ambilan pertama
Untuk lebih maklumat yang berkaitanSila Klik LinkPDF FormatPersoalan Yang Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan Keputusan Pengambilan Dan E-Rayuan SBP Tingkatan 4 Tahun 2017
Tarikh Keputusan / Tawaran Penempatan Calon Tingkatan 4 SBP 2017 Ambilan Kedua (Calon e-Rayuan) 
Tarikh Semakan
Dibuka Ditutup
28 Februari 2017 13 Mac 2017
Tarikh semakan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat semakan mengikut ketetapan tempoh tarikh yang dinyatakan
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan Tawaran Dan Penempatan Ambilan Kedua (Calon e-Rayuan) Tingkatan 4 SBP 2017
Sistem Aplikasi
Semakan Tawaran
Sila Klik LinkSistem AplikasiSistem Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Calon E-Rayuan SBP 2017 Tingkatan 4
Sistem aplikasi semakan akan diaktifkan bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut
Calon Berjaya

(Cetakan Tawaran)

Pelajar (pemohon) yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
Sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Logo KPM Sekolah Kawalanhttp://moe.gov.my
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share