hit tracker

selangor rasa gegaran gempa bumi di indonesia 11 julai 2013

04:39 Redaksi Admin
Gempa bumi di Sumatera Indonesia, gegaran turut di rasai di Selangor 11 Julai 2013

Satu gempa bumi berkategori “lemah”  yang berukuran 4.7 pada skala Richter telah melanda Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 3.16 petang  Khamis dilaporkan berlaku menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia

Pusat gempa terletak di 35km barat laut dari Padang Sidempuan, Indonesia dan 284km barat daya dari Klang, Selangor

Impak gegaran itu, turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, antaranya Lembah Klang dan Putrajaya orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut menceritakan dan berkongsi pengalaman di laman sosial Facebook berhubung gegaran yang dirasai

Salah seorang saksi yang namanya enggan dikenali berkata, gegaran itu dirasai ketika sekitar jam 3.20 petang di bangunan tempatnya bekerja, namun beliau tidak menyangka itu adalah kesan daripada gempa bumi, sebaliknya beliau menggangap kemungkinan faktor berpuasa menyebabkan koordinasi badannya rasa bergegar

Walaubagaimana pun menurut sumber berita tiada kerosakan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan

Berita ini turut dilaporkan oleh Astro Awani menerusi ruangan “Kini Trending” seperti dalam video disertakan yang dipautkan dari laman pengkongsian video youtube

Terdahulu, pada 2 Julai gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter yang “berkategori kuat” melanda wilayah Acheh, Indonesia kira-kira jam 3.37 petang waktu tempatan telah berlaku dan gegarannya juga dirasai di Semenanjung Malaysia, antara negeri yang merasai gegaran itu adalah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka