hit counter
weblog mysumber

semakan keputusan tawaran sbp 2013 tingkatan 1

05:11 Redaksi Admin
Semakan keputusan tawaran SBP 2013 tingkatan 1 – online

Informasi terkini mengenai semakan tawaran keputusan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh untuk sesi tahun 2013 boleh di semak mulai tarikh 16 Disember 2012 , Ahad

Calon yang memohon pada 15 September hingga 31 Oktober 2012 lalu boleh membuat semakan keputusan sama ada berjaya atau tidak untuk melanjutkan pelajaran di SBP dengan melayari sistem online aplikasi semakan pada tajuk pautan dibawah

Semakan dan cetakan tawaran ke Tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh – klik

aplikasi sistem semakan sbp tingkatan 1 2013semakan keputusan tawaran sbp 2013 tingkatan 1

Contoh – aplikasi semakan sbp 2013 ting 1 online

Untuk lebih jelas lagi mengenai kemasukan dan dasar pemilihan mahupun pengambilan,rujuk pada kenyataan rasmi media dibawah

Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 105,357 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) di 66 buah SBP bagi tahun kemasukan 2013

Sebanyak 62,338 pemohon adalah murid perempuan dan selebihnya iaitu 43,019 pemohon adalah murid lelaki

Seramai 7710 murid akan dipilih dan akan ditempatkan di Tingkatan Satu (1) SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut, sebanyak 3645 tempat adalah untuk murid perempuan dan 4065 tempat disediakan untuk murid lelaki

Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru itu KPM akan menawarkan sekurang-kurangnya 5397 (70%) tempat kepada murid-murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar

Bagi membolehkan murid-murid dipertimbangkan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh, mereka mesti memenuhi syarat-syarat seperti warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012

Walau bagaimanapun, murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan 2B boleh juga dipertimbangkan untuk ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh

Seramai 2313 (30%) murid miskin akan ditawarkan ke SBP dengan status `Projek Khas` yang akan diberikan bantuan oleh KPM. Dari jumlah tersebut seramai 925 orang adalah murid dari keluarga miskin tegar yang memperolehi pencapaian UPSR 2012 sekurang-kurangnya 3A 2B

Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya pada 16 Disember 2012

Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my

Murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)