semakan plkn 2014 siri 11 online dan sms senarai nama

03:49 Redaksi Admin
Semakan PLKN 2014 siri 11 Online dan SMS senarai nama

Calon, khususnya remaja kelahiran tahun 1996 dijangka boleh membuat semakan mulai bulan Ogos 2013 bagi mengetahui sama ada terpilih bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara untuk tahun 2014 siri 11

semakan pelatih plkn tahun 2014

Setelah tarikh rasmi semakan diumumkan nanti, calon boleh membuat semakan dengan menggunakan kaedah seperti berikut

Semakan nama terpilih ke PLKN 2014 secara online
Semakan nama terpilih ke PLKN 2014 secara sistem pesanan ringkas sms
  • Taip: PLKN semak <No KP anda> hantar ke 15888

Manakala bagi semakan penempatan pula, untuk kumpulan 1 dijangka boleh disemak pada bulan Disember 2013

Nota dan Ruangan kemaskini

16 Julai 2013 – Menurut kenyataan yang disiarkan media, telah memaklumkan bahawa remaja yang lahir pada 1996 boleh menyemak sama ada mereka terpilih mengikuti PLKN bagi siri 11, mulai bulan Ogos depan melalui kaedah seperti yang telah dinyatakan di atas

  • Semakan pemilihan pelatih menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) hanya boleh disemak bermula 1 Ogos 2013

25 July – kami dimaklumkan semakan secara online (atas talian) nama terpilih ke PLKN siri 11/2014 sudah boleh dibuat mulai hari Khamis, klik pada capaian pautan 

Objektif

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda
  • Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
  • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni
  • Menyemarakkan semangat kesukarelaan
  • Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri

Calon dinasihatkan supaya melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di url http://www.khidmatnegara.gov.my bagi mengikuti perkembangan yang berkaitan

Kongsi Konten mysumber