hit counter
weblog mysumber

semakan temuduga kplspm 2013 pismp maktab perguruan

04:06 Redaksi Admin
Semakan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP – Keputusan

Merujuk kepada kalendar aktiviti pada laman aplikasi Permohonan Program Perguruan KPM telah menyenaraikan tarikh untuk semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian (online) adalah pada 22 April 2013 namun tertakluk kepada perubahan semasa

aplikasi pismp 2013 semakansemakan temuduga kplspm 2013 pismp maktab perguruan

Terdahulu,calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia sesi ambilan Jun 2013  pada 22 Mac dan tarikh tutup permohanan pada 31 Mac

Sebagai makluman kepada calon yang telah berjaya dipanggil temuduga perlu :-

  • Mencetak Surat Panggilan Temu Duga
  • Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat

Dokumen yang diminta ini akan ada pada laman aplikasi semakan nanti,apabila calon disahkan berjaya untuk panggilan temuduga setelah membuat semakan tersebut

kalendar aktiviti KPLSPM 2013semakan temuduga kplspm 2013 pismp maktab perguruan

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan

Maklumat Penting dan Perhatian

Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga

Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad

Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan

Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri

Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG

Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga

Calon boleh menyemak panggilan temuduga nanti,pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi menerusi Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Aplikasi tersebut di (klik) http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm

 22 April 2013
Informasi terkini dari Portal Rasmi KPM :-Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 25hb April 2013 (Khamis)Sebarang maklumat lanjut layari http://www.moe.gov.my
kalendar terbaru keputusan pismp kplspmsemakan temuduga kplspm 2013 pismp maktab perguruan
Kalendar Aktiviti Terbaru
Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan
Tarikh kemaskini kalendar aktiviti: 22 April 2013

 26 April 2013

Pihak kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi portal rasmi memaklumkan bahawa :-

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6 Mei 2013 (Isnin)