Senarai terkini orang melayu paling kaya di Malaysia 2016

14:00 Redaksi Admin

Orang Melayu Paling Kaya Di Malaysia

Berdasarkan kedudukan ranking senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut

Kesemua mereka yang tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah seperti berikut

SENARAI KEDUDUKAN TERKINI ORANG MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA TAHUN 2016

Tan Sri Syed Mokhtar Al bukhary

1. Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary
Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada tahun 2016
Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi
Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom
Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan dari 50 senarai itu beliau berada di kedudukan kesembilan
2. Ahmayuddin bin Ahmad
Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$575 juta pada tahun 2016
Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings
Menurut Forbes, kekayaan Ahmayuddin melonjak hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 24

Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin

3. Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$485 juta
Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana)
Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke 27

Tan Sri Mokhzani Mahathir

4. Tan Sri Mokhzani Mahathir
Orang melayu keempat terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah anak kepada Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir
Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$480 juta
Pada tahun 2015, aset kekayaan beliau direkodkan sebanyak AS$700 juta yang menyaksikan penyusutan nilai kekayaan berbanding tahun terkini. Berikutan kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Azman Hashim

5. Tan Sri Azman Hashim
Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$465 juta pada tahun 2016
Beliau berusia 76 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank
Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada pada kedudukan ke 31

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

6. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Individu melayu keenam terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$245 juta
Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G
Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah
Nilai kekayaan beliau pada tahun 2016 menurun berbanding tahun sebelumnya. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada dalam kedudukan ke 42

Datuk Kamarudin Meranun

7. Datuk Kamarudin Meranun
Individu melayu ketujuh terkaya di Malaysia adalah Datuk Kamarudin Meranun. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$225 juta
Beliau mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 46
Info
Secara keseluruhannya bagi senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia anjuran Forbes pada tahun 2016 menyaksikan Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan nilai kekayaan aset bersih AS$10 bilion
Dalam senarai 50 individu tersebut, majoriti mereka (ahli perniagaan) yang tersenarai adalah kaum berbangsa cina
Update Kemaskini25 Februari 2016 – Khamis
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share