hit counter
weblog mysumber

shah jaszle pelakon lelaki kena tangkap khalwat

13:47 Redaksi Admin
Shahrizal Jaszle pelakon lelaki kena tangkap khalwat

shah jaszle kena tangkap basahshah jaszle pelakon lelaki kena tangkap khalwat

Teka-teki mengenai siapakah pelakon terkenal yang dilaporkan kena tangkap basah pada awal Khamis 16 Mei 2013 terjawab apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam kenyataan yang diterbitkan oleh akhbar mengesahkan pelakon itu adalah Shahrizal Jaszle

Shah Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas

Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, katanya

Mengenai perkara itu, Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awadan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama

Persoalan lain mungkin pula akan timbul iaitu ‘Shah Jaszle kena tangkap dengan tunangnya atau pun orang lain?