hit counter
weblog mysumber

siaran langsung maharaja lawak mega 2013 astro warna

21:02 Redaksi Admin
Siaran langsung (Live streaming) Maharaja Lawak Mega 2013 Astro Warna: Kerusi panas
live stream mlm 2013siaran langsung maharaja lawak mega 2013 astro warna

Maharaja Lawak Mega 2013

Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2013) kembali menemui penonton dan pastinya kali ini ia lebih lawak, mantap, lebih segar dan bermutu

Tambahan pula gandingan pelawak baru dan senior disatukan untuk mengete­ngahkan kreativiti mereka dalam menghiburkan penonton dengan lawak yang akan dipersembahkan

Persaingan program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) akan bermula pada 15 November ini di Astro Warna (saluran 132), jam 10 malam

Mengenai program ini, seramai 13 barisan pelawak sudah berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Wala, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai, SYJ, Comey dan Saywho

Namun, masih terdapat tiga lagi “kerusi panas” untuk direbut 12 kumpulan lain yang turut diberi peluang iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Kecik, Gadai, Gerak, 2yol dan Keross

Malam ini, Jumaat 8 November adalah penentuan di gelanggang “kerusi panas” bagi menentukan siapakah di antara tiga peserta daripada 12 kumpulan itu berjaya mengiringi 13 barisan pelawak yang telah layak secara automatik

Persaingan dikerusi panas akan disiarkan secara langsung di  Astro Warna, Mustika HD dan juga boleh di tonton secara live streaming di internet melalui saluran youtube Astro Gempak jam 10 malam

Video live stream Maharaja Lawak Mega 2013 – kerusi panas