hit counter
weblog mysumber

spesifikasi proton preve 2012 dan harga

03:54 Redaksi Admin
Spesifikasi Proton Preve 2012 dan harga

Proton Preve,merupakan kereta global pertama yang akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional buatan Proton,terutamanya di pasaran tempatan mahupun di luar negara

spesifikasi proton preve 2012 dan harga

Telah dilancarkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 April 2012.Berikut merupakan maklumat berkaitan Spesifikasi,harga dan gambar

  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

Disamping itu kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km.Harga terdiri daripada 3 varian Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)

Harga di atas jalan (OTR)

Proton Preve 1.6 Executive Manual (5 Speed) = RM 59,540.00 (Solid), RM 59,990.00 (Metallic)
Proton Preve 1.6 Executive CVT (6 Speed) = RM 62,540.00(Solid), RM 62,990.00 (Metallic)
Proton Preve 1.6 CFE Premium CVT (7 Speed) = RM 72,540.00 (Solid), RM 72,990.00 (Metallic)

Pinjaman Proton Preve (tertakluk kepada perubahan semasa)

Proton Preve 1.6 Executive Manual ( 5 Speed )

Harga : RM 59,990.00
Bayaran Pendahuluan: RM 6090.00 (10%)
Pinjaman : RM 53,900.00
Bulanan 2.9% : RM 629.33 (9 tahun), 771.25.00 (7 tahun)

Proton Preve 1.6 Executive CVT ( 6 Speed )

Harga : RM 62,990.00
Bayaran Pendahuluan : RM 6390.00 (10%)
Pinjaman : RM 56600.00
Bulanan : RM 660.85 (9 tahun), RM810.59 (7 tahun)

Proton Preve 1.6 CFE Premium ( 7 Speed )

Harga : RM 72,990.00
Bayaran pendahuluan : RM7390.00 (10%)
Pinjaman : RM 65,600.00
Bulanan : RM 765.94 (9 tahun), RM 939.00 (7 tahun)