Semakan keputusan simpanan BSN SSP 2024 & permohonan

Informasi

Informasi

Setiap bulan di muka surat akhbar tempatan pastinya ada berita tentang individu bertuah yang memenangi hadiah kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz. Apa yang membuatkan individu tersebut memenangi hadiah tersebut kerana mereka merupakan penyimpan SIJIL Simpanan Premium (SSP BSN) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional

Untuk makluman, Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini

Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah SSP BSN yang dilakukan setiap bulan.

Ini adalah antara salah satu usaha bagi mendidik masyarakat supaya lebih prihatin terhadap kepentingan kewangan khususnya bagi yang telah berkeluarga. Apa yang pasti, ianya telah dijalankan sejak dahulu lagi dan dipercayai seratus peratus dengan jaminan kerajaan. Banyak lagi kelebihan SSP BSN yang boleh didapati dan akan dikongsikan di bawah

Simpanan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) 

Itu merupakan antara lain kelebihan kepada penyimpan menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Turut dikongsikan maklumat penting mengenai skim SSP BSN ini bagi kemudahan orang ramai

Fakta Tentang Sijil Simpanan Premium (SSP)

Sijil ini merupakan produk simpanan BSN yang unik dan diperkenalkan sejak tahun 1978. Ia juga merupakan produk simpanan BSN Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan SSP.

  • Hanya dengan RM10 semua penyimpan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan pada setiap minggu dan bulan di samping memperoleh keuntungan (dividen) yang berpatutan
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan
  • Setiap sijil yang masih belum ditebus layak menyertai setiap Cabutan SSP yang diadakan pada setiap minggu dan bulan
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas dengan BSN SSP (berjumlah minimum RM5,000) boleh memohon Pembiayaan Kad Kredit BSN Al-Aiman
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas dengan BSN SSP (berjumlah minimum RM5,300) boleh memohon Pembiayaan peribadi sehingga 95% daripada jumlah nilai BSN SSP
  • Pada tahun 2015, BSN menawarkan bilangan hadiah Cabutan SSP melebihi 88,000 hadiah dengan nilai sebanyak RM18juta dalam lebih 260x cabutan setahun
  • Purata pemenang setiap bulan adalah melebihi 7,000 orang

Syarat-Syarat Untuk Menyimpan SSP

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  2. Berumur 12 tahun dan ke atas
  3. Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum

Kaedah Untuk Menyimpan Melalui SSP

Terdapat lima kaedah untuk pelanggan menyimpan dengan BSN SSP yang mudah untuk diakses oleh orang ramai

1) Melalui Mesin Teller Automatik (ATM) BSN

  1. Masukkan kad STM/ Debit BSN pelanggan
  2. Pilih bahasa yang difahami
  3. Masukkan nombor PIN
  4. Pilih “Simpanan BSN SSP” pada menu paparan di skrin
  5. Masukkan amaun simpanan yang dimahukan dalam gandaan RM10
  6. Sahkan simpanan dan simpan resit transasksi.

2) Melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) BSN dengan Kad STM/ Debit BSN

  1. Masukkan kad ATM/ Debit BSN pelanggan
  2. Pilih bahasa yang difahami
  3. Masukkan nombor PIN
  4. Pilih “Simpanan BSN SSP”
  5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai)
  6. Masukkan amaun simpanan yang dimahukan dalam gandaan RM10
  7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi

3) Melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) BSN Tanpa Kad ATM/ Debit BSN (hanya untuk penyimpan BSN SSP Sedia Ada)

  1. Pilih bahasa
  2. Pilih ” Simpanan BSN SSP”
  3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/ Giro-i
  4. Masukkan amaun simpanan dalam gandaan RM10
  5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi

4) Melalui Perbankan Internet myBSN

  1. Layari laman web rasmi BSN di www.bsn,com.my
  2. Pilih “Simpanan BSN eSSP”
  3. Pilih “Nombor Akaun” daripada senarai
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi

5) Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)

  1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) Atau kad ATM/Debit BSN atau Tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN berdekatan
  2. EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS
  3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
  4. Simpanan maksima melalui EB BSN adalah RM1,000 untuk setiap transaksi

Pelanggan juga boleh membuat simpanan SSP di Unit Bank Bergerak (UBB) BSN di lokasi-lokasi terpilih. Dengan simpanan minimum RM10 sahaja, pelanggan boleh menyertai cabutan dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan

Semakan Keputusan Cabutan BSN SSP 2024

Jadi salah seorang Jutawan SSP BSN! Berpeluang untuk memenangi kereta mewah dan pelbagai hadiah menarik setiap bulan!

Semak keputusan nama pemenang cabutan dengan no Kad Pengenalan atau dengan no sijil SSP anda

Keputusan pemenang bulanan juga boleh disemak di pautan di atas

Kalendar cabutan iaitu tarikh cabutan sijil simpanan premium boleh dirujuk di Tahun 2024

tarikh cabutan ssp bsn

Soalan Lazim BSN SSP 2024

Di bawah adalah soalan-soalan lazim yang ditanyakan oleh pelanggan kepada BSN berkaitan Sijil SImpanan Premium untuk panduan semua

1) Berapa jenis cabutan yang ditawarkan oleh BSN SSP pada tahun 2024?

Untuk tahun 2024, SSP menawarkan 10 jenis cabutan seperti berikut:

  • Cabutan Jutawan
  • Cabutan Bulanan
  • Cabutan Wilayah
  • Cabutan Penyimpan Baru
  • Cabutan Penyimpan Muda
  • Cabutan Kesetiaan
  • Cabutan Istimewa Guru dan Pekerja Barisan Hadapan
  • Cabutan Akaun Gaji
  • Cabutan Ulang Tahun BSN ke 50
  • Cabutan Simpanan Konsisten

2) Bagi Cabutan Jutawan, apakah kelayakan Pelanggan bagi cabutan bulan-bulan istimewa?

a) Syarat Kelayakan bagi Cabutan Jutawan:
– Simpanan minimum: RM3,000
– Tempoh simpanan: Minimum 60 hari

Bulan Cabutan Istimewa

b) Cabutan November: Guru & Pekerja Barisan Hadapan
– Guru adalah ditafsirkan sebagai guru tadika / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah swasta / sekolah antarabangsa / sekolah agama yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta pensyarah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
– Polis, askar, bomba, doktor perubatan (termasuk doktor gigi, pakar terapi, pakar optik), jururawat dan pegawai kastam.
– Tempoh simpanan minimum 60 hari tidak terpakai untuk Cabutan Bulan November.

3) Bagaimanakah pembahagian Wilayah dibuat bagi Cabutan Wilayah BSN SSP?

Pembahagian wilayah dibuat mengikut pecahan dibawah:

  • Utara : Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak
  • Selatan : Negeri Sembilan, Melaka, Johor
  • Pantai Timur : Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Tengah : Kuala Lumpur, Selangor
  • Malaysia Timur : Sabah, Sarawak

4) Bagaimanakah hadiah mingguan Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50 dikira?

– Hadiah mingguan bagi Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50 akan dikira bermula 1 Januari 2024.
– Pemenang akan dikumpulkan setiap 7 hari dengan jumlah 52 minggu secara keseluruhan bagi tahun 2024.
– Walaupun terdapat pemenang pada setiap minggu, namun pemenang akan diumumkan setiap bulan mengikut kalendar cabutan BSN SSP 2024.

5) Apakah syarat kelayakan bagi Cabutan Penyimpan Baru?

Pelanggan perlu membuat simpanan minimum RM500 dan juga merupakan Pelanggan Baharu Bank. Pelanggan baharu bank didefinisikan sebagai Pelanggan yang membuka akaun BSN SSP 12 bulan sebelum tarikh cabutan

6) Apakah had umur bagi layak untuk Cabutan Penyimpan Muda?

Pelanggan perlu berumur 12 – 21 tahun dan menyimpan minimum RM100 di dalam akaun BSN SSP. Had umur bagi cabutan ini pula adalah 21 tahun, 11 bulan dan 30 hari.

7) Jika seorang pelanggan layak untuk lebih daripada satu cabutan dalam satu bulan, adakah nama pelanggan tersebut akan dicabut untuk cabutan semua yang layak atau satu sahaja?

Nama pelanggan akan dicabut untuk kesemua cabutan yang layak pada tarikh cabutan bulan tersebut

Pautan Info Berkaitan 

Infografik Sijil Simpanan Premium (SSP)

Informasi

BSN-SSP-2024

Related : 17 tahun, rm30 juta, pemenang cabutan istimewa bsn ssp bank simpanan nasional bsn, membawa pulang, kuala lumpur, rakyat malaysia, bsn ssp terus, untuk membuat, gaya hidup, rm1 juta, abdul rahman, laman web, laman web bsn di https://www.mybsn.com.my/, kemukakan kad kredit bsn al aiman, sahkan simpanan bsn giro giro i, masukkan nombor akaun simpanan bsn giro giro i, pilih kaedah simpanan debit akaun atau tunai, laman web bsn di www.mybsn.com.my, sijil simpanan premium bsn ssp, simpan resit transaksi, sijil simpanan dan cetak resit transaksi,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan