hit counter
weblog mysumber

stadium kelana jaya penuh perhimpunan bantah pru 13

01:16 Redaksi Admin
Stadium Kelana Jaya penuh – perhimpunan bantah keputusan pru13

Pakatan Rakyat (PR) meneruskan perhimpunan pasca Pilihan Raya Umum ke-13 yang digelar ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ yang berlangsung  pada malam Rabu 8 Mei 2013 meskipun dikatakan tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis

Sokongan yang tidak berbelah bagi oleh penyokong PR itu,meyaksikan stadium bola sepak Kelana Jaya dipenuhi ribuan peserta walaupun hujan lebat pada malam itu

perhimpunan bantah keputusan pru 4stadium kelana jaya penuh perhimpunan bantah pru 13

Mereka yang hadir dilihatkan berpakaian berwarna hitam sambi melaungkan  ‘Reformasi dan Ubah’

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu antara yang berucap pada di perhimpunan tersebut

Turut hadir termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Bersih Datuk S. Ambiga, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan yang baharu dilantik DAP Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen

Difahamkan, Anwar sebelum ini berkata beliau tidak akan menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-13) kerana mendakwa ia penuh dengan amalan penyelewengan dan penipuan

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira pukul 11 ​​malam

Video rakaman penuh Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya