siaran langsung badminton all england 2012 separuh akhir

Siaran Langsung kejohanan Badminton All England 2012 – Separuh Akhir 10 Mac 2012

Wakil negara  Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying akan beraksi pada perlawanan badminton Separuh akhir All England ini

Chong Wei mara ke separuh akhir setelah menundukkan pencabar dari Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka 21-9, 21-11. dalam masa 28 minit

Chong Wei selaku Juara bertahan All England akan bertemu Lee Hyun Il dari Korea Selatan pada perlawanan ini

Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir dan akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 bermula jam 8.30 malam

all england 2012 siaran langsung badminton all england 2012 separuh akhir

Chong Wei mara final All England

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir All England apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit pada aksi separuh akhir sebentar tadi,10 Mac 2012

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying terpaksa akur dengan kehebatan beregu Indonesia apabila tewas 25-27,16-21

Lawan Chong Wei di Final Kejohanan Badminton All England pada 11 Mac ,adalah musuh tradisi iaitu Lin Dan yang menewaskan Kenichi Tago 21-18,21-17

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca