Tarikh Bayaran Khas Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara 2024

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari saja lagi, penjawat awam pastinya tertanya-tanya mengenai bonus raya atau pemberian bantuan khas sempena perayaan Aidilfitri yang lazimnya diberikan kerajaan persekutuan saban tahun. Pengumuman ini biasanya akan dibuat ketika pembentangan bajet belanjawan tahunan negara ataupun pengumuman khas sebelum hari raya tiba

Pada tahun 2019, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas perayaan pada Mei 2019 yang melibatkan pembayaran berjumlah RM450 bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah manakala RM225 diberikan kepada pesara kerajaan. Secara keseluruhan bantuan ini memperuntukkan sebanyak RM855 juta untuk diberikan kakitangan awam yang layak di seluruh Malaysia

Kerajaan Pakatan Harapan juga tidak melupakan pegawai perkhidmatan awam serta pesara kerajaan pada pembentangan Bajet 2020 (Belanjawan Malaysia) pada 11 Oktober 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Bagi menghargai sumbangan kakitangan awam yang menjalankan tugas dengan amanah dan dedikasi, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah. Manakala pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen turut menerima bantuan khas sebanyak RM250

Pembayaran bonus menerusi pengumuman ketika pembentangan bajet 2023 juga merupakan kali ketiga di mana bonus dibayar dalam tahun yang sama iaitu pada sekitar bulan Januari dan Mac 2023. Walau bagaimanapun, pembentangan belanjawan tersebut tidak menyatakan tarikh rasmi pemberian bantuan khas Aidilfitri untuk diberikan kepada penjawat awam bagi tahun 2023. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan.

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2024

TERKINI: Bonus Kakitangan Awam 2024

📌 Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak:

– RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
– RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
– Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen
– Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Makluman: Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam yang akan disalurkan dalam tempoh dua minggu lagi pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani pada 27 Julai 2023.
  • RM300 : Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak
  • RM200 : Pesara Kerajaan, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteren tidak berpencen
  • Akan dibayar pada 10 Ogos 2023

Makluman: Bantuan Khas Kewangan 2023

  • Bantuan Khas Kewangan atau Bonus Penjawat Awam 2023 berjumlah RM700 akan dibayar bermula 17 Januari 2023 kepada kepada gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen
  • Bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga gred 56 akan dibayar mulai Januari 2023
  • Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai daripada 160 hari kepada 180 hari
  • Tambahan kadar cuti rehat khas (5 hari) menjadi 15 hari setahun, kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah berkhidmat lebih 10 tahun
  • Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat melibatkan adik beradik, nenek dan datuk.

MAKLUMAN: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023

  • RM700 : Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
  • RM350 : Pesara Kerajaan
  • Pembayaran akan dibuat pada 17 April 2023 diawalkan kepada 14 April 2023.

Pemberian bayaran khas itu juga dianggap sebagai ‘bonus’, memandangkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan stress (tekanan) dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah saban tahun. Berikut adalah perincian lanjut mengenai bantuan khas untuk penjawat awam termasuklah bonus raya Aidilfitri.

Bonus Penjawat Awam 2023 Dan Pesara Kerajaan

Bantuan Khas Kewangan akan diberikan kepada kakitangan awam kerajaan iaitu:

  • Penjawat Awam Gred 56 ke bawah : RM700 (Januari 2023)
  • Pesaara Kerajaan dan Veteran Tidak Berpencen : RM350 (Januari 2023)

Bonus Khas Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Bajet 2022

Bantuan Khas Kewangan akan diberikan kepada kakitangan awam kerajaan dengan memberikan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 billion dalam pembentangan Bajet 2022.

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah : RM700 (25 Januari 2022)
  • Pesaara Kerajaan : RM350 (25 Januari 2022)

Untuk maklumat lengkap mengenai bayaran khas ini, sila rujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan menerusi judul pautan di bawah

Tarikh Dan Jumlah Bonus Raya Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan 2022

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022

Penjawat Awam

  • RM500
  • 25 April 2022 (bersama gaji bulan April)

Nota: Diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Pesara Kerajaan

  • RM250
  • 25 April 2022 (bersama gaji bulan April)

Status bayaran bantuan khas atau bonus raya 2022 adalah rasmi mengikut kenyataan media pejabat perdana menteri seperti pautan di bawah

Bantuan Khas Aidilfitri 2021

Penjawat Awam

  • RM500
  • 6 Mei 2021 (bersama gaji bulan Mei)

Pesara Kerajaan

  • RM250
  • 6 Mei 2021 (bersama gaji bulan Mei)

Status bayaran bantuan khas atau bonus raya 2021 adalah rasmi mengikut kenyataan media pejabat perdana menteri seperti pautan di bawah

Bonus Raya Aidilfitri Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2020

Terkini Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020

Pegawai Yang Layak Terima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
  2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  3. Pegawai yang bercuti separuh gaji
  4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai

Selain itu, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 turut dipanjangkan kepada

  1. Guru Interim
  2. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971
  4. Pekerja Sambulan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pegawai Yang Tidak Layak

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangki, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama / Gred Khas;
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020;
  3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020; dan
  4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020

Bonus Raya Aidilfitri Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Negeri 2024

Beberapa buah negeri telah pun mengumumkan bantuan khas aidilfitri bagi kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Berikut adalah jumlah bonus raya bagi setiap kerjaaan negeri serta tarikh pembayarannya bagi tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

No. Negeri Jumlah Bantuan  Tarikh Pembayaran
1JohorSetengah bulan gaji atau minimum RM1,500April 2024
2Kedah
3Kelantan
4Melaka
5Negeri Sembilan
6Pahang
7Perak
8Perlis
9Pulau Pinang
10Sabah
11Sarawak
12SelangorSebulan Gaji atau Minimum RM1,0008 April 2024
11Terengganu

Related : diberi kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk, menerima bantuan khas kewangan, majlis amanat perdana perkhidmatan awam, bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk, tarikh pembayaran bantuan khas kewangan, bonus kakitangan awam gred 56 dan ke bawah termasuk
rm350 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk, bantuan khas kewangan bkk, pemandu yang meletak jawatan dalam tempoh 1 januari 2021 hingga 25 januari 2022,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan