Tarikh mula puasa bulan Ramadhan 2024 di Malaysia

Berita

Berita

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2024) mulai pada tarikh 12 Mac 2024 (Masihi), Hari Selasa Bersamaan 1 Ramadhan 1445 (Hijrah)

Pemakluman berhubung dengan perkara ini adalah berdasarkan rujukan MYsumber terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam terbitan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2024 Masihi / 1445-1446 Hijrah bagi Malaysia

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada 29 Syaaban 1445H

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2024 Di Malaysia 

Menerusi rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti di bawah, 1 Ramadhan 1445 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 12 Mac 2024 (Hari Selasa)

Untuk maklumat kemaskini terkini:

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Malaysia

Tarikh Hijri (1445/1446)Tarikh Masihi (2024)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab8 FebruariIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*12 MacAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
1 Syawal*10 AprilHari Raya Puasa / AidilFitri
1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*17 JunHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 JulaiAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 SeptemberMaulidur Rasul

Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan