Kalendar Tarikh Penting Berkaitan UPU 2024-2025

UPU

UPU

Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) akan mengumumkan tarikh upu serta menyenaraikan tarikh-tarikh penting bagi intake ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2024/ 2025 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf).

Tarikh-tarikh penting ini dapat membantu pemohon yang membuat application ke Universiti Awam (UA) Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2024 / 2025 melalui UPU. Pemohon juga tidak perlu membeli nombor unik ID di BSN seperti tahun sebelum ini dan terus mengisi borang secara atas talian.

Calon-calon boleh rujuk untuk mengetahui setiap perkara dengan bermula dari Application, Panggilan Temuduga serta check Status Keputusan dan Tawaran. Sebagai makluman, tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan semasa. Sekiranya terdapat perubahan MYsumber akan kemaskini dengan kadar segera

Semoga dengan adanya kalendar tarikh penting UPU ini para pelajar tidak terlepas untuk membuat application, rayuan dan penerimaan tawaran. Ini kerana sekiranya terlupa untuk berbuat demikian, agak sukar untuk memohon semula dan terpaksa untuk menunggu pengambilan seterusnya

Tarikh-Tarikh Penting UPU 2024-2025 / Kalendar Aktiviti

Berikut MYsumber sertakan kalendar aktiviti dan tarikh penting bagi application ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2024 / 2025 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf)

Kalendar Aktiviti UPU 2024

Tarikh akan dikemaskini dari semasa kesemasa

Januari

Februari

  • Jualan unik ID BSN dibuka : 28 Februari 2024
  • Application UPU sesi Akademik 2024/2025 (Fasa 1) dibuka : 29 Februari 2024 (12.00 tengah hari)

Mac

  • UPU Ditutup (Fasa 1) (Lepasan SPM/ setaraf) (Lepasan STPM/ setaraf) : 29 Mac 2024 (5.00 petang)

April 

  • Permohonan UPUOnline sesi Akademik 2024/2025 (Fasa 2) dibuka: 29 April 2024 (12.00 tengah hari)

Mei

  • Check Panggilan Temuduga Lepasan SPM : Mei 2024
  • Temuduga dan Ujian Lepasan SPM : Mei – Jun 2024
  • Check Panggilan Program Temu Duga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf : Mei 2024 (3.00 petang)
  • Check Panggilan Ujian MEdSI & Temu Duga/ Ujian Khas Program Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf : Mei 2024 (5.00 petang) 

Jun

  • Permohonan Ditutup UPUOnline sesi Akademik 2024/2025 (Fasa 2): 9 Jun 2024 (5.00 petang)
  • Ujian MEdSI Dijalankan : Jun 2024
  • UPU dibuka semula Bagi Lepasan SPM yang belum pernah membuat application :
  • Pengemaskinian Pilihan Program Bagi Lepasan SPM : Minggu Pertama Jun 2024
  • Lepasan Diploma / Setaraf : Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja :
  • Kemaskini Pilihan Progam berdasarkan keputusan sebenar SPM untuk Lepasan SPM/Setaraf : 5 hari selepas keputusan sebenar diumumkan
  • Check Panggilan Temu Duga/ Ujian Khas Program Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf :

Julai

  • Hebahan Keputusan Lepasan SPM UPU dan Rayuan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik Premier & Permohonan Rayuan Dibuka :
  • Temu Duga Dan Ujian STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) :
  • Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) : –
  • UPU Rayuan Lepasan SPM Ditutup :
  • Fasa Pengemaskinian & Application Baharu Lepasan STPM/Setaraf : 
  • Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM : Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian : 
  • Kemaskini Pilihan Progam berdasarkan keputusan sebenar STPM untuk Lepasan STPM/Setaraf :

Ogos

  • Hebahan Keputusan Rayuan Lepasan SPM :
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Lepasan SPM ke IPTA dan ILKA :

September

  • Hebahan Kedua Keputusan Rayuan Lepasan SPM : –
  • Hebahan Keputusan Lepasan STPM / Setaraf :
  • UPU Rayuan STPM/ Setaraf Dibuka :  
  • UPU Rayuan STPM / Setaraf Ditutup :

Oktober

  • Hebahan Keputusan Lepasan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1 :
  • Hebahan Keputusan Tawaran Untuk Lepasan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2 :
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Lepasan STPM / Setaraf ke UA: –

Nota : Tarikh dari sumber Portal Rasmi UPU dan tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

Infografik UPU

Berikut adalah infografik bagi kalendar aktiviti UPU bagi tahun 2024/2025 :

Permohonan-UPU-2024-2025

Info Berkaitan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan