Senarai Terkini Universiti UA Terbaik Malaysia 2023-2024 Top Ranking

Pendidikan

Pendidikan

Menurut senarai kedudukan ranking yang diterbitkan oleh QS World University bagi negara Asia, terdapat 28 buah Universiti Awam (UA) termasuk Universiti Swasta dari Malaysia telah berada dalam kedudukan itu yang menyenaraikan sebanyak 400 Universiti terbaik dari kalangan negara-negara Asia

Manakala di peringkat dunia pula, sebanyak 8 buah Universiti Awam (UA) telah tersenarai dalam kedudukan yang menyenaraikan sebanyak 1000 Universiti terbaik di dunia

Penarafan kedudukan tahunan ranking Universiti adalah bagi sesi 2023 / 2024

Selain QS World University, terdapat pelbagai penerbitan kedudukan tahunan universiti dimana penarafan dan ranking dibuat dalam menilai prestasi Universiti adalah menggunakan indikator kriteria berdasarkan peratusan serta hasil laporan daripada kajian tinjauan / selidik (survey) yang telah dilakukan oleh pihak mereka

Top Ranking Senarai Universiti Awam (UA) Dan Universiti Swasta Terbaik Di Malaysia 2023/2024

Antara penerbitan kedudukan tahunan universiti yang popular adalah seperti berikut

Penerbitan Kedudukan Tahunan Universiti

  1. SCIMAGO Institution Ranking
  2. Time Higher Education (THE) World University Ranking
  3. Academic Ranking of World Universities (Shanghai Jiao Tong)
  4. CWTS Leiden Ranking
  5. U‐Multirank Ranking

Kriteria Asas Penentuan Kedudukan Ranking Universiti

  1. Kedudukan Universiti terbaik yang disenaraikan adalah berdasarkan kriteria pemilihan antaranya seperti sumbangan kertas projek (Kesan Citation), reputasi kecemerlangan akademik, reputasi graduan yang sudah bekerjaya, fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran
  2. Kesan citation merujuk kepada berapa kerap kertas penyelidikan sesebuah universiti dijadikan rujukan ahli akademik lain dan pengaruh penyelidikannya kepada dunia
  3. Penilaian terhadap kriteria pemilihan ranking Universiti turut berdasarkan komitmen pengajaran, kesan penyelidikan, siswazah, pandangan antarabangsa dan Pendapatan Daripada Industri
  4. Pendapatan Daripada Industri berkaitan sejauh mana syarikat bekerjasama dengan ahli akademik dan mengaplikasikan hasil penyelidikan mereka kepada dunia sebenar

Senarai Kedudukan Universiti Awam Dan Universiti Swasta Terbaik Di Malaysia 2023-2024 Top Ranking 

Berikut adalah senarai 30 buah Universiti (Awam / Swasta) dari Malaysia tersenarai bagi tahun 2023 / 2024 berdasarkan penerbitan kedudukan tahunan universiti yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings

QS World University Ranking ialah antara agensi yang terpopular bagi penerbitan kedudukan tahunan universiti di dunia dan beroperasi di United Kingdom. Kedudukan disusun berdasarkan ranking dunia tahun 2024. Manakala ranking asia tahun 2023 telah diterbitkan pada 8 November 2022

UniversitiRanking MalaysiaRanking Asia 2023 (2022)Ranking Dunia 2024 (2023)
Universiti Malaya (UM)19 (8)65 (70)
Universiti Sains Malaysia (USM)232 (35)137 (143)
Universiti Putra Malaysia (UPM)327 (27)158 (123)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)430 (33)159 (129)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)539 (38)188 (203)
Taylor’s University649 (53)284 (284)
UCSI University772 (77)300 (284)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)868 (72)307 (361)
Universiti Utara Malaysia (UUM)9108 (98)538 (481)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)10104 (105)555 (651-700)
INTI International University11301-350 (-)556 (-)
Sunway University12122 (121)586 (601-650)
Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) Malaysia13 240 (-)621-630 (-)
Management and Science University (MSU)14177 (147)621-630 (601-650)
International Islamic University Malaysia (IIUM)15136 (123)711-720 (651-700)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)16144 (144)761-770 (701-750)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)17132 (129)781-790 (801-1000)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)18174 (167)801-850 (801-1000)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)19182 (205)951-1000 (801-1000)
Multimedia University20207 (189)1001-1200 (1001-1200)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)21351-400 (301-350)1001-1200 (1001-1200)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)22301-350 (251-260)1001-1200 (801-1000)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)23251-260 (227)1001-1200 (1001-1200)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)24271-280 (227)1001-1200 (1001-1200)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)25198 (167)1001-1200 (1001-1200)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)26236 (301-350)1001-1200 (1001-1200)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)27501-550 (501-550)1201-1400 (-)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)28451-500 (451-500)1201-1400 (-)
SEGI University29261-270 (291-300)
Help University30351-400 (-)
AIMST University31401-450 (-)
Limkokwing University of Creative Technology32451-500 (401-450)
Malaysia University of Science and Technology (MUST)33501-550 (-)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)34601-650 (551-600)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)35601-650 (501-550)

*Ranking universiti di Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa

*Tiada universiti lain di Malaysia yang tersenarai dalam 600 universiti terbaik di Asia selepas Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)

Respon Dari Pelbagai Pihak

Ramai pihak berpendapat kedudukan naik turun dalam senarai ranking itu adalah perkara biasa, dan kedudukan sesebuah universiti tidak seharusnya dilihat dalam satu-satu masa tertentu sahaja, sebaliknya perlu dilihat dalam satu tempoh jangka masa sederhana dan panjang

Terdapat juga pelbagai persoalan apakah kaedah kaji selidik yang digunakan dan kesahan, kebolehpercayaan, ketulusan, tanggungjawab dalam menentukan kedudukan ranking bagi sesebuah universiti

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan