hit counter
weblog mysumber

video 1 hari di hari raya didakwa hina islam

15:59 Redaksi Admin
Video 1 hari di hari Raya telah didakwa hina Islam

Satu rakaman video yang dimuat naik di Youtube tiga tahun lalu kini tersebar meluas di laman sosial, memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing didakwa telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam

video raya dengan anjing dituduh hina islamvideo 1 hari di hari raya didakwa hina islam

Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya

Babak sensitif dalam video dilihat bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk

Kemudiannya meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya

Video berkenaan juga diakhiri teks ucapan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing

Menurut laporan pembikin video itu bernama Maznah Mohd Yusof, dikenali sebagai Chetz Yusof juga seorang jurutera

Tidak Hina Islam

Maznah Mohd Yusof dalam laporan yang disiarkan sebuah portal berita mengatakan dia tiada niat untuk menghina Islam dan menganggap rakaman video terbabit telah disalah tafsir

Berikut adalah video kontroversi dimaksudkan yang dipautkan dari laman pengkongsian video youtube