hit counter
weblog mysumber

video gol malaysia vs yemen 22 mac 2013

04:56 Redaksi Admin
Video gol Malaysia vs Yemen 22 Mac 2013 – Kelayakan Piala Asia 2015

video harimau malaya menang lawan yemenvideo gol malaysia vs yemen 22 mac 2013

Skuad Harimau Malaya menggembirakan penyokong setia setelah berjaya melakarkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Yaman pada aksi perlawanan kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 yang berlangsung di Stadium Shah Alam

Kemenangan ini sekaligus menangkis dakwaan yang mengatakan,skuad kendalian Datuk K.Rajagobal itu sukar untuk mengatasi Yemen ekoran prestasi yang tidak menentu dipamerkan Malaysia di pentas antarabangsa kebelakangan ini

Pun begitu pihak lawan terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Aiman Saleh Abd. Al-Hagri pada minit ke-12

Semangat memburu gol penyamaan yang tinggi oleh barisan jentera serangan Malaysia,akhirnya membuahkan hasil apabila Azamuddin Akil menyamakan kedudukan pada minit ke-27

Kemasukan Khyril Muhymeen dibaki 10 minit akhir permainan memastikan kemenangan berharga Malaysia dengan jaringan gol pada minit ke-80 ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri

Kemenangan ini adalah penting bagi Malaysia untuk merintis kembali laluan ke pusingan akhir

Video highlights Malaysia 2 lawan 1 Yemen 22.3.2013