hit counter
weblog mysumber

wala juara raja lawak 7 keputusan final

00:52 Redaksi Admin
Kumpulan Wala Juara RajaLawak musim ke 7 keputusan akhir

wala juara raja lawak 7 2013wala juara raja lawak 7 keputusan final

“Takkan lawak hilang di dunia” itulah slogan bagi program realiti Raja Lawak (RL) Musim Ketujuh! yang dipetik dan diubah suai daripada kata-kata pahlawan lagenda Hang Tuah

Menyaksikan kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala dinobatkan selaku juara program Raja Lawak musim ke-7 di gelanggang akhir yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Kumpulan Wala yang terdiri daripada Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman berjaya menewaskan peserta lain sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro

Tempat kedua diraih oleh kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor

Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat

pemenang juara raja lawak 7 2013wala juara raja lawak 7 keputusan final

Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi

wala juara rl 7 3wala juara raja lawak 7 keputusan final

Tugasan di gelanggang akhir, setiap finalis dikehendaki melaksanakan dua tugasan iaitu bebas dan muzikal komedi

Sebagai makluman keputusan penuh pertandingan ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)