Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) tahun 2020 berlangsung pada hari Jumaat, 13 November bermula jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pada tahun ini, malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) menyaksikan Datuk AC Mizal bergandingan dengan Nabila Huda bagi memikul tanggungjawab sebagai pengacara anugerah yang berprestij dalam industri hiburan tanah air
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang telah memasuki edisi ke-33 menampilkan tema “#ABPBHKITA2020”. Buat pertama kali dalam sejarah, ABPBH ke-33 yang akan disiarkan secara langsung gi TV3 ini, tidak dihadiri penontonn berikutan pematuhan SOP kerana penularan wabak COVID19
Senarai Sub-Topik
Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 ABPBH 33
Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 2020) turut disiarkan secara siaran langsung oleh Media Prima di TV3 serta boleh ditonton secara atas talian (online) melalui laman web rasmi Live Streaming ABPBH serta aplikasi video TikTok
ABPBH merupakan satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di negara ini mempertandingkan 13 kategori utama dan lima kategori online
Kesemua para pemenang anugerah bagi setiap kategori yang dipertandingkan itu ditentukan oleh undian pilihan daripada semua pembaca
Info Siaran Anugerah Bintang Popular ABPBH 2020
- ABPBH 33 : 13 November 2020, Jumaat
- Pengacara : Datuk AC Mizal dan Nabila Huda
- Acara Karpet Merah ABPBH 33 : Bermula jam 8.00 malam
- Acara Penganugerahan ABPBH 33 : Bermula jam 9.00 malam
- Saluran Siaran Langsung ABPBH 2020 : Media Prima, TV3