Ringkasan intipati kandungan bajet 2016 belanjawan

05:54 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 04:18 AM

Intipati Budget 2016

Bajet 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada Jumaat 23 Oktober 2015 jam 4 petang oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Tumpuan utama kerajaan dalam Budget 2016 adalah menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat

Dalam pada itu, Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan

Ramai pihak menyifatkan bajet 2016 adalah kritikal kerana ia merupakan belanjawan negara yang pertama dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan tahun pertama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam suasana ekonomi mencabar di dalam dan luar negara

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana

INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2016

Berikut MYsumber sertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2016 yang akan dikemaskini sepanjang pembentangan berlangsung

Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016
Memperteguh ketahanan ekonomi negara
Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
Mempersiaga modal insan
Memperkasa agenda bumiputera
Meringankan kos sara hidup rakyat
Tema Bajet 2016:  Mensejahtera Kehidupan Rakyat
Pembentangan Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015)
Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas
GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D
GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung
GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik
Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional
Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia
Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf
Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun
RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih
MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi
Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak
RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak
TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India
RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India
Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40
RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India
Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina
Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli
RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah
Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion
Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah
Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000
Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit
Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel
RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW
Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin
RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir
RM50juta bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam
Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta
SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan
Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta
Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam
Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan
Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000

Sila RujukTunjuk LinkBorang Permohonan Dan Cara Kemaskini BR1M
LihatTunjuk LinkJadual Dan Tarikh Pembayaran BR1M
SemakanTunjuk LinkSemakan Status Kelulusan Permohonan Dan Kemaskini BR1M

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050
Skim Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000
Sila RujukTunjuk LinkCara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan
Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000
Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000
Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa
Had pelepasan cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016
Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung
Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah
Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016
Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250
Link BerkaitanPautan Info
PDF FormatTunjuk LinkBaca Atau Muat Turun (Download) Teks Penuh Ucapan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
PDF FormatTunjuk LinkBaca Atau Muat Turun (Download) Buku Ringkasan Rasmi Teks Ucapan Bajet 2016
Tunjuk LinkRingkasan Isi Penting Pengubahsuaian Bajet 2016 (Budget Revision)
Tunjuk LinkRingkasan Isi Penting Belanjawan Malaysia Bajet 2017
Butang FacebookButang TwitterButang Google