Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2024 Belanjawan Malaysia

Intipati Bajet 2024

Intipati Bajet 2024

Bajet 2024 atau Belanjawan 2024 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 13 Oktober 2023 dijangka bermula jam 4 petang oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembentangan ini adalah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kerana di sini lah bantuan kewangan untuk rakyat dan negara akan diumumkan

Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan dijangka menjadi belanjawan bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum sekaligus mampu mencerminkan pe­rancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab

Penekanan utama kerajaan untuk belanjawan 2024 adalah terhadap tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Untuk mencapai hasrat tersebut, Kerajaan Perpaduan akan terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat

Ringkasan Teks Ucapan Intipati Kandungan Bajet 2024 Belanjawan Malaysia

Pembentangan Belanjawan 2024 adalah cukup penting buat rakyat di mana pelaksanaannya perlu berlaku dalam keadaan yang cekap dan berkesan agar setiap rakyat dapat merasai faedahnya. Rakyat amat berharap kerajaan dapat mengagihkan belanjawan secara bijaksana

Belanjawan MADANI kedua akan dibentangkan secara langsung pada ketetapan berikut:

Berikut MYsumber sertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2024 yang dikemaskini sepanjang pembentangan belanjawan 2024 berlangsung.

Video Panduan

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Belanjawan 2024

Tema

  • Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat

Matlamat Induk Bajet 2024:

  1. Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan
  2. Pengstruktruan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
  3. Peningkatan Darjat Hidup Rakyat

Peruntukan Bajet

  • RM 393.8 Bilion (Belanjawan tertinggi Malaysia)

Perincian Peruntukan Bajet 2024

Belanja Mengurus

  • RM 303.8 Bilion

Belanja Pembangunan

  • RM 90 Bilion

Simpanan Luar Jangka

  • RM 2 Bilion

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2024

1. Kenaikan Kadar Cukai Perkhidmatan (SST)

Cukai perkhidmatan akan dinaikkan kepada 8% daripada  kadar masa kini, 6%. Peningkatan ini terkecuali bagi sektor makanan & minuman, parkir kereta, logistik dan telekomunikasi. Cukai ini juga akan diperluas kepada sektor baru.

2. Pengenalan Cukai Barang Bernilai Tinggi

Sebanyak 5% – 10% cukai akan dikenakan kepada barang-barang bernilai tinggi seperti barang kemas, jam tangan dan lain-lain.

3. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Peruntukan STR bagi tahun 2024 akan ditingkatkan kepada RM 10 Bilion berbanding RM 8 Bilion pada tahun 2023
  • Kadar maksimum STR akan dinaikkan kepada RM 3,700 berbanding RM 3,100 sebelum ini.Kadar minimum
  • Bagi golongan belia pula, kadar miniumum STR juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.
  • Bayaran maksimum kali pertama STR untuk tahun 2024 akan dinaikkan kepada RM 500 berbanding RM 300 tahun sebelumnya, dan dijangka akan disalurkan pada Februari 2024 sebelum Ramadhan
  • Permohonan baharu STR 2024 akan dibuka seawal November 2023

Berita

Berita

Berita

Berita

Panduan lanjut: Sumbangan Tunai Rahmah

4. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima STR akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit

Panduan lanjut: Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

5. Rebat Bil Elektrik Dan Pengecualian Deposit Akaun Bil Elektrik

Isi rumah miskin tegar akan mendapat sebanyak RM 40 rebat elektrik sebulan serta pengecualian deposit akaun bil elektrik

6. Kenaikan Berperingkat Harga Diesel

Bagi menangani ketirisan subsidi diesel dan penyeludupan, harga diesel akan dinaikkan secara berperingkat dan subsidi bersasar akan diperkenalkan

7. Diskaun PTPTN

Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 14 Oktober 2023 – 31 Mac 2024 mengikut kadar berikut:

  • Pertama: Diskaun 10%, bagi bayaran penuh hutang
  • Kedua: Diskaun 10%, bagi sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang dalam satu bayaran
  • Ketiga: Diskaun 15% bagi bayaran potongan gaji atau debit berjadual

Berita

Panduan lanjut: Cara Bayar PTPTN Online 

8. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam

Bayaran Insetif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diberikan kepada penjawat awam sebanyak:

  • RM 2,000, kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk juga kepada lantikan kontrak
  • RM 1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform

Bagi pesara kerajaan pula, RM 1,000 akan diberikan termasuk kepada veteran berpencen serta tidak berpencen.

Bayaran ini akan disalurkan secara sekali gus pada akhir Februari, menjelang Ramadhan tahun 2024

Panduan lanjut: Bonus Penjawat Awam 2024

Berita

9. Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Golongan yang berpendapatan bawah RM 120,000 setahun layan mendapat rebat sebanyak RM 2,400 bagi pembelian motosikal elektrik.

10. Bayaran Ujian Memandu

Bagi tahun 2024, bayaran bagi ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu akan ditanggung kerajaan

11. Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Siswa (FLYsiswa) 

Program FLYsiswa yang telah diperkenalkan tahun ini akan diteruskan untuk memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar dari golongan kurang mampu

12. Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Akaun fleksibel KWSP akan diperkenalkan. Akaun yang berbeza ini memudahkan akses ahli kepada simpanan pada bila-bila masa.

Berita

13. Pengenalan Cukai Keuntungan Modal

Pelupusan saham syarikat yang tidak disenaraikan akan dikenakan cukai sebanyak 10% mulai 1 Mac 2024

14. Portal Fraud Kebangsaan (NFP)

Sebuah portal yang bertujuan untuk menangani kes penipuaan dan penipuan atas talian akan dilancarkan. Portal NFP ini akan mempercepat proses pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.

15. Tahun Melawat Malaysia

Bagi merancakkan pelancongan Malaysia, Tahun Melawat Malaysia akan dilaksanakan semula pada tahun 2026.

16. Ganjaran Aktiviti Kesukarelawanan

Sebanyak RM 500 akan diberikan sebagai ganjaran kepada belia yang melakukan aktiviti kesukarelawanan di badan-badan berdaftar oleh kerajaan.

17. Pelepasan Cukai Yuran Kursus Peningkatan Diri

RM 2,000 pelepasan cukai sehingga tahun taksiran 2026 akan diberikan bagi yuran kursus peningkatan kemahiran dan kemajuan diri.

18. Yuran Pendaftaran Kemasukan Universiti Awam

Bermula 2024, Had yuran pendaftaran ditetapkan tidak melebihi RM1,500 selari dengan nilai pemberian wang pendahuluan PTPTN.

Selain itu, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

Berita

19. Penerusan Pas My50

Pas My50 akan diteruskan bagi perkhidmtan bas dan rel PRASANA

20. Skim MySalam

Pelaksanaan Skim MySalam akan diteruskan lagi bagi tempoh dua tahun

Panduan lanjut: Cara buat tuntutan Skim MySalam

21. Sumbangan Khas Guru Takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal, Siak, Noja dan Marbut

Kerajaan setuju untuk memberikan sumbagan sebanyak RM 700 sebagai perhargaan jasa

Berita

Info Lanjut

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan