Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2023 Belanjawan Malaysia

Berita

Berita

Kebiasaannya, bajet perbelanjaan negara akan dibentang oleh Menteri Kewangan Malaysia pada setiap hujung tahun. Belanjawan ini akan memperincikan pelbagai perbelanjaan negara bagi tahun hadapan. Buat julung kalinya, belanjawan bakal dibentangkan semula setelah Belanjawan 2023 yang dibentang oleh bekas  Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul gagal diteruskan setelah berlakunya pembubaran parlimen sebelum belanjawan ini dapat dibahaskan.

Negara kini terbeban dengan jumlah hutang yang agak besar setelah berbelanja besar bagi mengurangkan kesan pandemik kepada ekonomi dan rakyat. Hal ini merupakan satu cabaran yang hebat buat tadbir urus negara dalam menyelesaikan isu kewangan negara tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

Antara komponen penting dan yang paling ditunggu oleh rakyat adalah bantuan tunai yang dihulurkan pada rakyat yang memerlukan khususnya golongan B40 dan M40.

Pihak kerajaan perlulah lebih bijak dalam mengurus hal kewangan negara bagi mengelakkan masalah atau perkara yang tidak diingini timbul seperti pertambahan hutang yang tidak sepatutnya berlaku. Disiplin kewangan kerajaan haruslah berada dalam keadaan baik serta tadbir urus yang cekap diharapkan bagi membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan yang diimpikan bersama.

Budget 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia kebiasaannya pada pukul 4.00 petang hari Jumaat yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta radio saluran awam dan juga berbayar di Malaysia.

Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2023 Belanjawan Madani (Februari 2023)

Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari 2023 di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia. Berikut MYsumber kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2023 belanjawan Malaysia yang akan dikemaskini sebaik sahaja pembentangan dijalankan secara langsung:

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023 (Belanjawan Madani)

Tema

  • Membangun Malaysia Madani

Peruntukan Bajet

  • 2023: RM388.1 bilion (berbanding RM372.3 bilion yang diumumkan pada Oktober 2022)
  • 2022: RM332.1 bilion

Strategi Belanjawan 2023

Berita

Perincian Peruntukan Bajet 2023

  • Belanja Mengurus Operasi : RM289.1 bilion
  • Belanja Pembangunan : RM97 bilion
  • Simpanan Luar Jangka : RM2 bilion

Video Penjelasan

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2023, Belanjawan Madani (Februari 2023)

1. Ujian Lesen Memandu Percuma

  • Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas dan ehailing akan ditanggung kerajaan

Berita

2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 layak untuk menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak
  • Tambahan RM600 berbentuk bakul makanan dan baucar kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih
  • Maklumat lanjut: Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

infografik-sumbangan-tunai-rahmah

3. Kredit e-Tunai Belia Rahmah

  • RM200 kredit e-tunai akan diberikan kepada belia berumum 18 – 20 tahun
  • Maklumat lanjut di e-Wallet Kredit Percuma

Berita

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

  • Pesawah padi akan menerima BMT sebanyak RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim
  • Pekebun kecil getah pula akan menerima sebanyak RM800 BMT sebulan selama 4 bulan. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu

5. Percukaian

  • Kerajaan tidak akan melaksanakan GST dan sebaliknya memperkenal kaedah lain untuk meningkatkan hasil negara
  • Pengenalan cukai barangan mewah kepada barangan mewah seperti jam tangan dan lain-lain
  • Cukai PKMS bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan dikurangkan kepada 15% dari 17% baki taksiran tahun 2023
  • Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak 2% kepada pendapatan bercukai RM35,001 sehingga RM100,000
  • Cara Isi Borang e-Filing Cukai Pendapatan Individu (Borang BE/B)

6. Diskaun PTPTN

  • Bermula 1 Mac 2023, diskaun 20% bayaran balik akan diberikan selama 3 bulan
  • Penangguhan bayaran balik juga diberi kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan

Berita

7. Tarif Elektrik

  • Harga tarif elektrik pengguna domestik dan PKS akan dikekalkan mengikut kadar semasa

8. Rokok Elektronik / Vape

  • Pengenalan duti eksais kepada produk cecair / gel mengandungi nikotin bagi produk vape

9. Pelepasan Muflis Kecil 

  • Individu yang diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023

10. Elaun Guru KAFA Dan Sumbangan Khas RM600

  • Guru KAFA akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM100, menjadikan jumlah elaun kepada RM1,100
  • Selain itu, imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir akan menerima sumbangan khas RM600

Berita

11. Bonus / Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

12. Pas My50

  • Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT dan bas Rapid di Lembah Klang akan diteruskan
  • Tambang percuma bagi perkhidmatan tren untuk golongan OKU serta pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6

13. Pengampunan Penalti 100% LHDN

  • Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 akan diberi pengampuan penalti

14. i-Madani KWSP

  • Kerajaan akan menambah RM500 kepada caruman simpanan KWSP Akaun 1 kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP Akaun 1 kurang daripada RM10,000

Berita

15. Amanah Saham Berhad (ASB)

Info Lanjut

Intipati Bajet 2023 (Oktober 2022)

Sebagai perbandingan, dibawah merupukan intipati bajet 2023 yang dicadangkan oleh berkas menteri kewangan, YB Tengku Zafrul pada 22 Oktober 2022 yang tidak diteruskan berikutan pembubaran parlimen

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik

  • Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM 2,500 layak untuk mendapat BKM sebanyak:
    • RM2,500: Menanggung 5 orang anak atau lebih:
    • RM1,000 – 2,000: Menanggung 1-4 orang anak:
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500 – RM5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak
  • Golongan bujang dan warga emas tanpa pasangan akan terus mendapat bantuan seperti tahun sebelum ini
  • Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023
  • Maklumat lanjut di Bantuan Keluarga Malaysia

Berita

2. Subsidi Elektrik

  • Pemberian subsidi bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar berjumlah sehingga RM40 akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini yang hanya terhad kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah

3. Kredit e-Wallet e-Pemula

  • M40: 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100
  • Belia: Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.

BeritaBerita

4. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

  • Ibu bapa penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 bagi kelahiran tahun 2023

Berita

5. Bonus Aidilfitri Penjawat Awam 

  • Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600

Berita

6. Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu

  • Kadar income tax individu akan dikurangkan sebanyak 2%. Berikut merupakan maklumat lanjut:
    1. Pendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000, turun daripada 13% kepada 11%
    2. Pendapatan bercukai RM70,001 – RM100,000, turun daripada 21% kepada 19% bagi

7. Pelepasan Cukai Bagi Yuran Tadika Dan Taska

  • Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024

8. Pengecualian Cukai Untuk Wanita

  • Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualian bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja setelah career break

9. Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN

  • Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini
  • Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%

10. Pengecualian Bayaran PTPTN

  • Peminjam PTPTN yang berjaya mendapat ijazah sarajana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian dari membayar balik bayaran pinjaman PTPTN

11. Orang Kurang Upaya  

  • Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan
  • OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing
  • Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat

12. Pas My50

  • Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023

13. Bantuan Awal Persekolahan

Berita

14. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

  • Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada  RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta

15. Bantuan Musim Tengkujuh

  • Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800

16. Pengenalan Semula Bantuan Pesawah

  • Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah untuk tiga bulan atau satu musim penuaian

17. Geran One-Off  RM1,000 PMKS

  • Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak

Berita

18. Skim Pembiayaan Agrofood BNM

  • Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5%

19. Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS)

  • Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama

20. Subsidi, Bantuan Dan Insentif

  • RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat

21. Insentif Penggajian PERKESO

  • Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan

22. Program MyWIRA

  • Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA

23. Bayaran Khas RM500

  • Bayaran one-off RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA

Berita

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan