Insentif Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2022 Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Usaha kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat tidak pernah putus dari setahun ke setahun antaranya termasuklah bantuan kerajaan negeri Selangor. Hal ini dapat dilihat menerusi inisiatif yang diambil oleh kerajaan daripada setiap negeri di seluruh Malaysia terutamanya negeri Selangor Darul Ehsan. Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang dapat dipohon oleh rakyat Negeri Selangor terutamanya yang berasal dari golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah

Buat makluman semua, Menteri Besar Selangor telah memperkenalkan bermacam-macam jenis inisiatif atau bantuan khas untuk rakyat negeri Selangor. Ia membuktikan bahawa para pemimpin negeri tersebut mengambil berat terhadap kebajikan dan nasib rakyat mereka serta berusaha untuk mengubah kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik

Namun begitu, segelintir rakyat terlepas pandang akan bantuan yang telah diumumkan barangkali disebabkan oleh kurangnya pendedahan terhadap isu semasa atau program bantuan tersebut tidak digembar-gemburkan dalam kalangan mereka. Bagi yang telah mengetahui pula barangkali mereka tidak tahu bagaimana cara untuk memohon bantuan berkenaan dan di manakah saluran untuk mendapatkan bantuan berkenaan

Selain dikenali sebagai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor, ia juga turut digelar dengan nama Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang sebelum ini dinamakan sebagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah agenda “Hasil Negeri Untuk Rakyat”. Ia bermula sekitar bulan Mac 2008 dengan pelaksanaan tujuh program pengagihan. Penambahan kemudiannya dilakukan secara berperingkat berpandukan keperluan semasa rakyat. Kini ianya dikenali dengan nama Iltizam Selangor Penyayang.

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2022 Iltizam Selangor Penyayang Dahulunya Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)

TERKINI: Bantuan Dalam Belanjawan Selangor 2022

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  2. Skim Mesra Usia Emas
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
    • RM500 khairat kematian
  3. Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil sspn prime bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak-anak terima

MAKLUMAN: Bantuan Terkini Kerajaan Selangor Susulan PKP 3.0

  1. Data Internet Selangor (Internet tanpa had kepada 70,000 orang kump. B40)
    • RM35 sebulan yang akan diberi subsidi RM20 sebulan
    • Hanya bayar RM15
  2. Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40), 8 Pakej:
    • Pakej Keluarga
    • Pakej Bujang
    • Pakej Asas
    • -ubsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan untuk setahun bermula 1 Julai 2021
  3. Penangguhan Bayaran Sewa PPR dan Smart Sewa
    • 1 bulan
    • Penangguhan bayaran sewa kepada Rumah PPR & penyewa Rumah Smart Sewa di Selangor.
      Seramai 2,632 individu yang menyewa di Rumah PPR & 477 peserta Skim Smart Sewa akan menerima manfaat impak kewangan berjumlah RM900 ribu.

Bagi rakyat negeri Selangor yang berkelayakan, terdapat lebih daripada 30 jenis inisiatif yang boleh dimohon. Kesemua inisiatif ini merangkumi bantuan dari segi bekalan air, kelahiran, pengajian tinggi, perbelanjaan pengebumian dan sebagainya.

Senarai bantuan serta maklumat lanjut bantuan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2020 adalah seperti berikut. Bagi tahun 2022 akan dikemaskini

Iltizam Selangor Penyayang Kerajaan Negeri Selangor

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi tahun 2020. Bagi tahun semasa akan dikemaskini

Bantuan Kerajaan

Bagi tahun 2022 sila rujuk pautan rasmi berikut untuk maklumat lanjut:

Wifi #SmartSelangor Percuma

Bantuan Kerajaan

Menerusi WIFI #SmartSelangor, hotspot yang memancarkan WIFI dipasang di sekitar Negeri Selangor. Pertambahan akan dilakukan secara berperingkat supaya dapat meliputi keseluruhan negeri Selangor. Namun keutamaan diberikan terhadap kawasan berikut:

  1. Kawasan kampung
  2. Kawasan tumpuan orang ramai
  3. Kawasan golongan berpendapatan rendah di Selangor
  4. Kawasan tumpuan para pelajar

Skim Air Darul Ehsan

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan program pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama mulai bulan Jun 2008 khas untuk penduduk negeri Selangor

Pemberian air bersih sebanyak 20,000 liter (5,680 gelen) secara keseluruhan setiap bulan ini ditujukan kepada pengguna air domestik yang memakai meter individu di Negeri Selangor terhad kepada 20 meter padu pertama

Perkhidmatan Bas Smart Selangor Percuma

Bantuan Kerajaan

Untuk meningkatkan kualiti atau kemudahan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan perkhidmatan bas secara percuma buat 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK))

Waktu bas ini beroperasi adalah antara jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam. Kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk tiba di setiap hentian

Buat makluman semua, perkhidmatan bas percuma dalam kawasan MBSA meliputi laluan sejauh 21 km mulai di Stesen Komuter, Seksyen 19 dan akan melalui 22 buah perhentian. Untuk senarai penuh rujuk pautan di bawah

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Bantuan Kerajaan

Sebagai tanda penghargaan  pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40)

Objektif program ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup dengan cara pemberian bantuan kewangan yang dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas

Para peserta program dapat menikmati pembelian barangan keperluan asas di cawangan kedai serta pasaraya yang berdaftar dengan cara tanpa tunai (cashless)

Bantuan Am Selangor (Bantuan Kebajikan Masyarakat)

Melalui inisiatif ini, rakyat yang sedang menghadapi masalah kehidupan yang tidak dapat dielakkan dapat memperoleh bantuan sementara sehingga RM350 sebulan untuk membeli atau mendapatkan keperluan asas

Program ini dapat membantu golongan yang berkelayakan untuk meneruskan kelangsungan hidup

Pengecualian Cukai Pintu

Manfaat program Pengecualian Cukai Pintu ini dapat dinikmati oleh para pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung yang didirikan di Negeri Selangor. Buat yang menepati syarat kelayakan, mereka akan dikecualikan daripada Cukai Taksiran Negeri Selangor

Pengecualian Fi Lesen Penjaja

Bantuan Kerajaan

Program ini membolehkan penjaja kecil serta penjaja di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor untuk dikecualikan daripada pembayaran fi lesen

Permohonan lesen perniagaan / penjaja perlu dilakukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (tertakluk pada Undang-undang kecil dan peraturan yang sedang berkuatkuasa)

Bantuan Bina & Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin)

Menerusi program Bantuan Bina & Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) ini, Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan bantuan dalam menjadikan kediaman mereka yang berkelayakan lebih selesa

Bantuan akan dihulurkan sekiranya rumah yang sedang dihuni tidak mampu dibina semula (Bantuan Bina Baru) atau tidak mampu dibaik pulih (Bantuan Baik Pulih)

Pemberian Bantuan Baucer Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan

Buat rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor, baucer khas akan diagihkan kepada mereka untuk membeli barangan keperluan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali

Bantuan baucer dapat diperoleh dengan cara menghubungi Pusat Khidmat DUN

Skim Peduli Sihat

Bantuan Kerajaan

Kerajaan negeri Selangor turut menyediakan peruntukan bagi Skim Peduli Sihat khas untuk rakyat Selangor. Menerusi skim ini, kategori individu akan memperoleh kad perubatan dengan jumlah RM200 manakala kategori keluarga berjumlah RM500

Permohonan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A (Keluarga) dan Kategori B (Individu)

Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)

Bantuan Kerajaan

Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (Mammosel) bertujuan untuk menyediakan khidmat pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita di negeri Selangor

Wanita yang berkelayakan terdiri daripada mereka yang berusia sekurang-kurangnya 35 tahun yang lahir dan sedang menetap di Selangor . Bagi yang bukan kelahiran Selangor pula mestilah telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun untuk dikira layak

Bantuan Sihat Selangor (Bantuan #SMART Sihat)

Bantuan Kerajaan

Bantuan Sihat Selangor merupakan suatu bentuk bantuan rawatan kesihatan yang khas disediakan buat rakyat negeri Selangor yang berpendapatan rendah

Ia menawarkan permohonan rawatan seperti pembedahan kecil, kaki palsu, dialisis buah pinggang, katarak mata dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)

Bantuan Kerajaan

Skim Asuh Pintar yang juga dikenali sebagai SIKEMBAR sebelum ini menyediakan bantuan kewangan untuk kanak-kanak TASKA atau Nurseri yang berkelayakan

Ibu bapa yang layak akan mendapat bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berumur empat (4) tahun ke bawah sebanyak RM100 sebulan

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

Bantuan Kerajaan

TUNAS menyediakan bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak

Namun begitu bantuan bukan dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Bantuan Kerajaan

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008. Pada Januari 2017, “Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)” telah dijenamakan semula menjadi “IPR: Inisiatif Peduli Rakyat”

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak dengan jumlah RM 2,500. Bermula 1hb Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM 100 setahun kepada warga emas / OKU yang layak sempena musim perayaan. Ia dijangka bermula pada bulan Oktober 2019.

Insentif Perkahwinan Belia

Program Insentif Perkahwinan Belia diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu pasangan pengantin baru yang berkelayakan bagi mendapat insentif berjumlah RM500 juka pasangan berkenaan menepati syarat yang ditetapkan

Inseltif akan diberikan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium justeru pemohon tidak perlu buka akaun BSN bagi mendapatkan insentif berkenaan

Insentif Generasi Muda (iGems)

Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan menggunakan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif. Tujuan program ini diwujudkan adalah diharapkan golongan belia boleh memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing

Nilai insentif berjumlah RM300 seorang kepada salah seorang sumai atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri tertakluk kepada yang menepati syarat kelayakan. Pemberian adalah melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus.

Perpustakaan Bergerak Smart Selangor 

Inisiatif ini bertujuan mewujudkan kemudahan akses bahan bacaan dan internet bagi para pelajar yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah.  Ia juga boleh menjadi pusat aktiviti bagi penduduk setempat selain daripada memupuk budaya cinta pada ilmu dan suka membaca dalam kalangan masyarakat

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Inisiatif ini merupakan program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan TAWAS perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun. Ahli TAWAS akan akan menerima RM 1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Skim Khairat Kematian juga diperkenalkan dan ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun akan diberikan RM1,500 kepada waris

Program Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang

Tabung ini diwujudkan khas untuk menghulurkan bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang Negeri Selangor

Bantuan diberikan dalam bentuk biasiswa pembiayaan pendidikan, pembiayaan sara hidup semasa pembelajaran, program kelas tambahan, subsidi tambang bas sekolah, dan hadiah kecemerlangan UPSR

Program Khas Peduli Siswa

Program ini menyediakan pinjaman tanpa faedah buat yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mengurangkan beban kos pengajian

Kadar pinjaman yang disediakan adalah antara RM4,900 sehingga RM7,000 setahun sehingga tamat pengajian

Program Tuisyen Online

Bantuan Kerajaan

Kerajaan Negeri juga menyediakan program tuisyen secara online percuma khas buat pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5

Program Tuisyen Rakyat Selangor

Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) ini khas disediakan kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah serta berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2,000

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Pihak sekolah atau PIBG bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dapat membuat permohonan untuk membaikpulih atau membina infrastruktur sekolah melalui program bantuan ini

Hadiah Pengajian IPT

Bantuan Kerajaan

Menerusi bantuan ini, hadiah sebanyak RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan. Pelajar hendaklah melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda

Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar oleh Badan Kerajaan dan swasta untuk membiayai yuran pengajian tanpa perlu membayarnya semula kepada organisasi terbabit

Pemohon atau ibu bapa pemohon hendaklah lahir di Selangor ATAU telah bermastautin lebih daripada 10 tahun di Negeri Selangor

Latihan Usahawan IT (SITEC)

Program ini menyediakan kelas e-dagang percuma kepada sesiapa. Ianya menawarkan pengetahuan berkenaan dengan perniagaan atas talian dan e-dagang

Program ini menawarkan pembelajaran e-dagang dari peringkat asas kepada peringkat tertinggi dalam perinagaan atas talian

Skim Hijrah Selangor (SKIMSEL + MIMBAR)

Bantuan Kerajaan

Skim Hijrah Selangor merupakan skim pinjaman mikrokredit tanpa penjamin yang dapat dijadikan modal tambahan untuk peniaga kecil serta penjaja di Negeri Selangor

Pinjaman mikrokredit yang disediakan berjumlah antara RM1,000 hingga RM50,000 (mengikut kelayakan) dengan tempoh bayar balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan dan maksima 3 tahun

Dana Usahawan Mikro Selangor

Bagi membantu para usahawan Industri Mikro di negeri Selangor meningkatkan hasil jualan, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor menganjurkan program khas iaitu Dana Usahawan Mikro Selangor

Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM30,000 (maksima) per rumah atau per syarikat (tertakluk kepada kelulusan)

Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Program ini berhasrat untuk membekalkan bantuan dalam bentuk peralatan atau mesin yang diperlukan mengikut perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan

Sasaran program ini adalah golongan miskin dan berpendapatan rendah yang memiliki kemahiran atau kepakaran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang Jahitan / Perniagaan Runcit / Pengasuh Kanak Kanak / Perusahaan Kecil / Kraftangan

Skim Rumah Selangorku

Bantuan Kerajaan

Melalui Skim Rumah Selangorku, warga negeri Selangor yang berkelayakan dapat membuat permohonan untuk membeli sebuah rumah sendiri dengan harga tidak melebihi RM250,000

Skim Smart Sewa

Dengan Skim Smart Sewa, rakyat negeri Selangor terutamanya yang tidak mempunyai kediaman di Selangor dan menepati syarat kelayakan dapat menyewa rumah kos rendah atau sederhana rendah

Skim Dana-Sel

Skim Dana-Sel menawarkan konsep sewa dan milik

Para pengusaha akan memperoleh apilkasi mobile yang membolehkan pembelian dilakukan menerusi telefon mudah alih. Penyertaan program ini adalah percuma

Skim Ceria (Baikpulih Pangsapuri Kos Rendah)

Menyediakan kos bagi baik pulih kerosakan harta bersama pangsapuri kos sederhana rendah di Selngor. Skim ini turut membantu JMB untuk menguruskan kerja-kerja sivil, pengenggaraan lif dan pengindahan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi bahagian yang bertanggungjawab dalam program-program tersebut melalui pautan di bawah

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan