Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP Permohonan Dan Semakan Status

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Di saat getir dan sukar iaitu penularan wabak COVID-19 di seluruh negara malah serata dunia, masyarakat khususnya golongan B40 atau berpendapatan rendah pasti memerlukan bantuan.

Bantuan bukan sahaja dari segi makanan malah kewangan kerana ada yang kehilangan kerja kerana tempat kerja ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan telah menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada setiap golongan.

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) turut melancarkan bantuan Musaadah Khaira PPZ

Musaadah Khaira PPZ dilaksanakan dengan menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk menjayakan #MusaadahCOVID19 dengan tujuan membantu golongan yang memerlukan yang terjejas sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Lebih fokus lagi, ianya menyediakan bantuan khas kepada keluarga atau individu golongan B40 termasuk peniaga-peniaga kecil dan mereka yang terjejas pendapatan susulan PKP

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, bantuan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira latar belakang, bangsa dan juga agama. Menerusi inisiatif ini, permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ yang berjaya akan diberikan bantuan secara sekali bayaran atau ‘one-off’ berjumlah RM300. Bantuan sebegini amat diperlukan terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, bolehlah membeli susu dan lampin anak mereka

Bagi seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan khas ini, boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan yang akan dikongsikan di bawah mulai 1 April 2020. Bayaran bantuan pula akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dan berjaya dalam permohonan. Maklumat dan pertanyaan lanjut berkenaan bantuan khas ini boleh terus dilakukan menerusi Facebook Khaira PPZ

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP Online

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ serta Cara membuat Semakan Status Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ dan maklumat lain berkaitan

Kadar Bantuan

Bantuan ‘one-off’ atau sekali bayaran kepada pemohon yang berkelayakan tanpa mengira bangsa dan agama

  • Isi Rumah / Bujang : RM300

Nota:  Bantuan Musaadah Khaira PPZ ini akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan ke atas sahaja
  2. Golongan B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan
  3. Terjejas atau hilang punca pendapatan disebabkan keadaan semasa (COVID19)
  4. Peniaga yang tidak lagi dapat berniaga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Bagi yang termasuk dalam kategori di atas,  permohonan boleh dilakukan mengikut kaedah dan ketetapan permohonan di bawah:

Tarikh Permohonan Bantuan

  • Dibuka : 1 April 2020
  • Ditutup : –

Cara Mohon Bantuan

PPZ-MAIWP telah menyediakan portal khusus untuk membuat permohonan bantuan Musaadah Khaira PPZ secara online atau atas talian iaitu:

  • Borang Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Nota: Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ ini akan ditutup sementara bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima pada hari tersebut. Sekiranya telah ditutup sementara, usah risau, pemohonan boleh dibuat semula pada keesokan hari bermula jam 7 pagi berdasarkan pengumuman di Facebook Rasmi Khaira PPZ

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan 

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Bagi Yang Pekerja : Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan Pemberhentian Kerja atau Cuti Tanpa Gaji / dikurangkan gaji bulanan
  3. Bagi Peniaga Kecil / Penjaja : Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen berkaitan
  4. Akaun Bank / Surat Kuasa : *Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan Surat Kuasa yang ditandatangani oleh pemohon. Nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
    Nota: Dokumen sokongan ini hendaklah dimuatnaik ketika mengisi borang pemohonan secara atas talian dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen-dokumen tersebut

Langkah Membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP

Berikut adalah infografik langkah Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ yang telah disediakan PPZ-MAIWP untuk memudahkan orang ramai:-

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP

Seperti dimaklumkan di atas, bayaran bantuan akan disalurkan dalam tempoh tujuh (7 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap secara Electric Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak.

Penerima yang layak mendapat bantuan ini boleh membuat semakan status melalui kaedah di bawah:

Tarikh Semakan 

  • Dibuka: 1 April 2020
  • Ditutup: –

Cara Semak Status 

Semakan status Bantuan Musaadah Khaira PPZ : Aplikasi Semakan

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan (IC)
  2. Klik Semak Status
  3. Keputusan permohonan dan status akan dipaparkan

Permohonan Yang Akan Ditolak / Status Tidak Lengkap

Berdasarkan Facebook Rasmi Khaira PPZ, berikut adalah keterangan permohonan yang akan ditolak/status tidak lengkap:

  • Slip gaji tidak jelas / Nama majikan tidak jelas
  • Tiada dokumen yang merujuk kepada pemohon terkesan semasa PKP / B40
  • Tidak mengisytiharkan maklumat pasangan dan tanggungan dengan jelas
  • Dokumen yang dilampirkan tidak lengkap atau tidak berkaitan
  • Tiada bukti tanggungan seperti salinan kad pengenalan tanggungan
  • Tiada dokumen sokongan bagi yang menjalankan perniagaan kecil / penjaja
  • Memuat naik lampiran yang salah dan tidak jelas (kabur)
  • Memuat naik lampiran di ruang / bahagian yang salah

Nota: Justeru adalah penting bagi pemohon untuk melengkapkan permohonan dengan dokumen-dokumen sokongan yang kukuh sepertu di bawah:

Contoh Dokumen Berkaitan Mengikut Sektor Pekerjaan 

1. Peniaga kecil / peniaga pasar / bekerja sendiri / bekerja kampung / tiada slip gaji :

a. Surat Akuan Sumpah

b. Surat Pengesahan / Sokongan Ketua Kampung atau yang diberi kuasa

c. Permit berniaga / Lesen perniagaan / Gambar gerai atau premis

d. Penyata bank yang tertera transaksi yang berkaitan / Resit sewa tapak atau resit pembelian barang jualan

e. Lesen berniaga / Sijil SSM

2. E-hailing / ejen jualan langsung / gaji hari / komisen / majikan industri non-essential

a. Tangkap layar (Screenshot) atau Profil pengguna di aplikasi online  / komisen diterima

b. Tangkap layar (Screenshot) penyata gaji dari majikan

c. Slip gaji tertera nama majikan

d. Slip gaji, bukti terkesan dari bencana COVID-19 seperti surat pengesahan dari majikan jika diberhentikan / digantung / diberi cuti tanpa gaji dan sebagainya

Maklumat dan Pertanyaan

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Musaadah Khaira PPZ, sila layari Facebook Rasmi Musaadah Khaira PPZ seperti pautan di bawah

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan